ADVERTISEMENTspot_img

LCCC dakwa JBA Labuan tidak proaktif selesaikan kebocoran paip air di Sungai Bangat.

Datuk Wong Kee Yii.

LABUAN: Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) kesal tindakan JBA yang tidak proaktif selesaikan kebocoran paip air di Jalan Sungai Bangat.

Pengerusinya, Datuk Wong Kee Yii berkata, kelewatan pihak JBA membaik pulih kebocoran paip air di bukan saja menyebabkan jalan raya di kawasan itu menjadi sesak tetapi yang lebih parah penduduk sekitar kawasan itu turut menerima gangguan air yang berpanjangan lebih daripada dua minggu.

Katanya, salah satu rumah yang terlibat dalam gangguan air bersih itu adalah kediamannya yang kebetulan berhampiran dengan kawasan paip bocor yang masih lagi belum diperbaiki sepenuhnya.

“Berikutan Kebocoran paip itu, beberapa hari yang lalu saya telah menghubungi JBA untuk membantu menghantarkan air bersih ke rumah saya, namun tiada tindakan yang cepat telah diambil memyebabkan rumah saya terputus bekalan air sepenuhnya.
.
” Selepas tidak mendapat tindakan yang pantas dari pihak JBA saya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan, Sukuran Taib untuk minta bantuan penghantaran air bersih.

“Saya berterima kasih kepada CEO Perbadanan Labuan yang telah mengambil tindakan pantas mengambil tindakan untuk membantu mendapatkan bekalan air yang diperlukan… Inilah penjawat awam yang berkerja untuk membantu rakyat Labuan” katanya.

Kebocoran paip yang masih tidak dibaiki sepenuhnya.

LCCC katanya sentiasa bersikap terbuka siapa juga yang dilantik sebagai CEO Perbadanan Labuan mahupun penjawat awam yang lain akan sentiasa memberikan sokongan jika ia benar benar berkhidmat untuk membantu masyarakat Labuan.

Sementara itu Wong turut mengesa kerajaan yang ada hari ini supaya mengambil tindakan yang drastik dalam menyelesaikan masalah air yang semakin kritikal di Pulau ini.

“saya tahu kerajaan hari ini telah merancang pelbagai program besar untuk meningkatkan pembangunan Labuan, tetapi kerajaan jangan lupa untuk melihat masalah kecil rakyat yang tidak nampak telah dibebani dengan masalah bekalan air kritikal yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Wong berkata jika ini kerajaan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) melaksanakan program yang lebih besar iaitu Borneo Flora Festival (BFF) yang disasarkan dapat meningkatkan ekonomi Labuan, namun bunga bunga yang bakal menghiasi BFF memerlukan air untuk terus subur begitulah juga rakyat di Labuan perlukan air untuk terus hidup.

‘Bunga dapat air yang secukupnya….hari hari disiram dengan air . Tapi rakyat tidak dapat air” Jelasnya.

Wong berkata beliau pernah untuk membawa pelabur ke Labuan, namun masalah bekalan air yang amat kritikal di Labuan menyebabkan beliau merasa bimbang membawa pelabur atau pelancong ke Labuan.

“Saya tidak mahu pelabur khususnya dari China yang ingin datang ke Labuan menghadapi masalah air….yang akhirnya mereka menuding jari kepada saya, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN