ADVERTISEMENTspot_img

LCCC adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat KPDN Labuan

Wong menerima cenderahati daripada Junaidah sambil diperhatikan oleh ahli LCCC.

LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) telah mengadakan Kunjungan Hormat keatas Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain di pejabatnya Tingkat 15, Bangunan Ujana Kewangan, pada Khamis.

Delegasi LCCC seramai enam orang itu diketuai oleh Presidennya, Datuk Wong Kii Yii.

Turut hadir menerima kunjungan delegasi LCCC itu, Ketua Penguatkuasa Negeri, Alimuddin Malang, Ketua Seksyen Pembangunan Perdangangan Dalam Negeri, Charles Nocholas dan Ketua Unit Bekalan, Jeffery P. Ramlee.

Menurut Junaidah, pertemuan hampir dua jam itu menjadi platform bagi bertukar pandangan dan idea serta membincangkan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Turut dibincangkan beberapa isu yang dihadapi oleh ahli ahli persatuan, usahawan kecil dan sederhana (IKS) khususnya yang bergantung kepada penggunaan diesel dalam operasi harian mereka”, katanya.

Junaidah berkata, pihaknya juga turut memberikan penerangan mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI Diesel bagi individu serta menjelaskan perbezaannya dengan SKDS, yang merupakan mekanisme subsidi diesel bagi sektor komersial.

Penjelasan turut diberikan mengenai syarat dan kelayakan permohonan SKDS bagi kategori baharu melibatkan kenderaan jenis jip dan pikap, selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri KPDN pada 3 Julai 2026.

“Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada wakil persatuan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan proses permohonan, kriteria kelayakan serta pelaksanaan semasa SKDS.”, ujarnya.

Beliau berhara pertemuan itu dapat membantu komuniti perniagaan memahami dasar kerajaan dengan lebih jelas dan memastikan hanya pihak yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi diesel bersasar.

KPDN Wilayah PersekutuanLabuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Dewan Perniagaan Tionghua Labuan atas kunjungan hormat tersebut.

Kementerian sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik bersama pihak industri dan persatuan perniagaan dalam usaha memperkukuh penyampaian maklumat, meningkatkan pemahaman terhadap dasar-dasar kerajaan serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada komuniti perniagaan dan pengguna di Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN