27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lawatan eratkan Integrasi Nasional

Oleh Salwah Aramat

RANAU : Lawatan serombongan keluarga dari Gua Musang Kelantan ke Ranau dan Kundasang baru-baru ini, erat ikatan silaturahim sedia terjalin.

Lawatan tersebut juga merupakan titian jalinan mesra memperkukuh semangat Integrasi Nasional dikalangan rakyat Kelantan dan negeri Sabah ‘Negeri Di Bawah Bayu’.

Ketua rombongan, Muhammad Soleihin Awang berkata, program itu turut menjadi landasan untuk mengenal negeri orang seterusnya mempelajari kebudayaan serta adat resam sesuatu kaum khususnya di Sabah.

Rombongan Keluarga dari Gua Musang Kelantan merakam gambar kenangan bersama Pengurus RRF, Wong Ko Siong (kanan).

“Dari Gua Musang ke pekan Kundasang, Bawa Rombongan besar besaran, Hajat kami ingin mengenal negeri orang, Agar tercipta seribu kenangan”

-Serangkap Pantun dari Muhammad Soleihin-

Demikian rangkap pantun luahan dan hasrat hati Muhammad Soleihin yang mengetuai 19 orang ahli keluarga dan saudara-maranya mengadakan lawatan ke negeri ini.

Rombongan itu sempat berkunjung ke beberapa destinasi menarik di sekitar Kundasang dan Ranau sebelum kembali ke Semenanjung.

Menurut Beliau, sempena lawatan dua hari dan julungkali ke daerah Ranau dan Kundasang, mereka berkesempatan melawat Dairy Farm Mosilou Kundasang, Tugu Peringatan dekat pekan Kundasang, Tagal Luanti Baru, Marakau Bombon, Sabah Teh, Ranau Rabbit Farm (RRF) dan Taman Air Panas Poring.

Beliau menzahirkan rasa teruja kepada media ketika ditemui semasa rombongan tersebut ke Ranau Rabbit Farm (RRF), di Kigiok yang disambut mesra oleh Pengurusnya, Wong Ko Siong.-T A M A T-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN