24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lawatan Ahli Majlis Daerah Simunjan ke MDR erat silaturrahim sedia terjalin.

By ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Seramai 17 orang terdiri 13 Ahli Majlis Daerah (AMD) dan empat kakitangan pejabat Majlis Daerah Simunjan (MDS) Sarawak telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Ranau baru-baru ini.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jaiping Minsu berkata, rombongan tersebut diketuai Penolong Setiausaha Majlis Simunjan, Oldrige Ak Ripot Eric.

KENANGAN…Rombongan AMD Simunjan, merakam gambar bersama Staf MDR..

Menurut Jaiping, program tersebut merupakan lawatan sambil belajar selain mengeratkan hubungan silaturahim sedia terjalin antara kedua-dua Majlis Daerah.

Katanya, terdahulu, rombongan tersebut telah mengadakan lawatan di Majlis Daerah Penampang (MDP) sebelum ke daerah Ranau.

“Ketibaan mereka di sini telah disambut mesra kakitangan Majlis Daerah Ranau (MDR) sebelum diberikan taklimat berkenaan MDR, disusuli perkongsian antara kedua pihak.

“Mereka memuji Daerah Ranau kerana pekannya yang bersih, bebas dari segi sampah-sarap selain landskap  yang cantik dan teratur,” katanya.

Rombongan berkenaan turut berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah Ranau dan sekitar Kundasang sebelum kembali ke Simunjan.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN