30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lawatan ahli keluarga Tengku Azwil ke Sabah beri pengalaman baharu

OLEH SALWAH ARAMAT

RANAU : Lawatan keluarga Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tengku Azwil Bin Tengku Abdul Razak ke Sabah, berupaya memupuk perpaduan dan Slaturrahim sedia terjalin sekaligus beri kenangan dan pengalaman baharu.

Tengku Azwil ketika ditemui, kagum dan berasa bertuah kerana sempat bersama ahli keluarganya mengadakan lawatan ke beberapa lokasi menarik di Sabah ‘Negeri Di Bawah Bayu’ yang memang masih kaya dengan keindahan alam semulajadi, Flora dan Fauna.

Rombongan ahli keluarga Tengku Azwil ketika melawat RRF.

“Saya bersyukur dapat bersama isteri, keluarga terdiri daripada anak-anak, dan menantu serta cucu-cucu kami menyertai rombongan yang julungkali ke Sabah”, jelas Tengku Azwil ketika ditemui semasa lawatan mereka ke Ranau Rabbit Farm Kg.Kigiok 7 kilometer dari pekan Ranau.

Lokasi lain yang mereka lawati ialah, Marakau Bombon, Sabah Teh Nalapak, Tagal Luanti, Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Masilau Kundasang dan banyak lagi yang ternyata mengamit hati mereka dan menjadi kenangan manis bagi ahli keluarga Tengku Azwil.-T A M A T-

Ahli keluarga Tengku Azwil sempat melawat ke Taman Air Panas Poring.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN