25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAVISTA anjur Seni Visual sempena SHWP 2022 peringkat Labuan

Gambar- Azize Mohd Yusoph

LABUAN – Persatuan Seni Visual Wilayah Persekutuan Labuan (LAVISTA) akan menganjurkan acara seni visual bagi memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini.

Pengerusi LAVISTA, Azize Mohd Yusoph berkata sepanjang tempoh pandemik COVID-19, hampir dua tahun, LAVISTA sepi daripada penganjuran acara seni di Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada bulan Ferbuari 2022 ini,  LAVISTA dengan kerjasama Perbadanan Labuan akan menganjurkan beberapa acara seni sebagai usaha memeriahkan Hari Wilayah Persekutuan 2022.

 “Antara acara yang akan dipertandingkan adalah Doodle, Cantan Batik, Cosplay dan Seni Kitar Semula yang bertemakan Keluarga Malaysia selaras dengan tema Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

“Semua pertandingan akan diadakan secara atas talian, walaubagaimanapun hasil karya peserta akan dipamerkan kepada umum pada 26 Ferbuari 2022 di Taman Muhibbah, “katanya.

Azize (tengah) bersama AJK LAVISTA dari kiri, Muran, Erwin (SU), Azly, Midun (Bendahari) dan Damaisara @ Sani (Timbalan Pengerusi) ketika meninjau di Taman Muhibbah Jalan Anggerik W.P Labuan.

Jelas Azize lagi, LAVISTA turut mengundang beberapa orang seniman seni visual seperti Prof Dr Baharudin Mohd Arus, Kartunis Binjai, Pelukis Asmat dan beberapa orang seniman lagi.

Hadiah wang tunai menanti para peserta tempatan sahaja pada tahun ini.

Mereka yang berminat untuk menyertainya boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan melalui laman Facebook Lavista Artisan Market.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN