26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LaRIS anjur CAIELTS di Indonesia

DELEGASI LaRIS Hyginus, Amiah dan Nurulhuda (kanan) bersama J. Miharja di Sekolah Agama Student One.

LABUAN: Persatuan Penyelidikan, Inovasi, dan Kreativiti Labuan (Labuan Research, Innovation and Creativity Society – LaRIS) melakar sejarahnya tersendiri dengan penganjuran The 8th  International Creativity and Innovation in Education for Language Teaching and STEM (CAIELTS) secara hibrid di Jakarta dan secara dalam talian pada 28 Ogos lalu.

Pengasas dan Pengerusi LaRIS, Dr. Hyginus Lester Junior Lee berkata, pembentangan bersemuka di Mangga Dua, Jakarta dihadiri oleh beliau sendiri, Ahli Jawatankuasa LaRIS, Amiah Bua, Ahli Bersekutu LaRIS, Nurulhuda Mohd Derus dan Ketua Pegawai Eksekutif It’s English School of English Indonesia, Rocky Michael Tandi.

Pembentangan kertas ilmiah, pameran kreativiti dan inovasi, dan perkongsian amalan baik secara dalam talian pula disertai oleh 28 orang dari Labuan, Sabah, Sarawak Perak, Melaka, Johor dan Kedah.

Pembentang fitur dan jemputan secara maya adalah Dekan Fakulti Sastra Universitas Pamulang, Dr Mohamad Ramdon Dasuki, Ketua Pegawai Eksekutif It’s English School of English, Rocky Michael Tandi, penerima anugerah Cambridge Dedicated Teacher 2023, Goh Kok Ming dan guru bahasa Inggeris negara Filipina, Ramil G. Montanez.

Hakim pertandingan terdiri daripada guru dan pensyarah dari Sabah, Labuan, Melaka, Pahang, Filipina dan New Zealand.

Anugerah Pilihan Hakim dan Anugerah Emas dimenangi oleh Mohamad Haniff Jupilee dari SK Lubok, Beaufort, Sabah manakala Anugerah Emas oleh Yenny Chee Fong Yeun (SMK Sultan Yussuf, Perak), Sharon Vijaya Balakrishnan, Norhafilah Abdullah, Raja Ismail Edham, Umaimah Mohd Idris, dan Ahmad Masdil Fazli (IPG Kampus Kinta Utara, Perak), Noor Hasimah Mohd Ayub, Nor Adliana Ahmad Basaruddin, Sylvianie William dan Debbie Lawrence (SMK Mutiara, Labuan). Anugerah Khas Pengerusi CAIELTS (Pengajaran Bahasa) diberikan kepada Rocky Michael Tandi.

Delegasi LaRIS juga berkesempatan melawat Student One Islamic School di Desa Curug, Gunung Sindur, Kabupaten Bogor.

Delegasi disambut oleh Pengarah sekolah, J. Miharja Muktahiri. Sekolah agama ini menawarkan pendidikan prasekolah dan sekolah rendah dengan integrasi kurikulum Inggeris dan Islamik. 

Program pengantarabangsaan LaRIS turut bertambah signifikan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Pamulang (UNPAM) pada 30 Ogos 2023 di Bilik Telekonferens, Universitas Pamulang Kampus Viktor, Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.

Kerjasama antara kedua-dua pihak melibatkan pihak LaRIS menawarkan bengkel inovasi dan kajian tindakan, pertandingan dan seminar kreativiti dan inovasi, pameran dan seminar antarabangsa dan latihan komuniti pembelajaran profesional (professional learning community) untuk mahasiswa dan tenaga pengajar.

Pihak UNPAM pula bersetuju menjemput LaRIS dalam bengkel penyelidikan dan kuliah bahasa, persidangan antarabangsa, lawatan ke sekolah dan penerbitan jurnal dan prosiding.

LaRIS diwakili oleh Dr. Hyginus Lester Junior Lee manakala UNPAM oleh Rektor, Dr. H. E. Nurzaman.

Memorandum tersebut disaksikan oleh Amiah Bua dan Naib Rektor IV UNPAM, Dr RR Dewi Anggeraeni.

Memorandum persetujuan ditandatangani secara khusus di antara LaRIS dan Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) bagi merealisasikan pelaksanaan program pendidikan, penyelidikan dan khidmat komuniti.

LaRIS diwakili oleh Dr. Hyginus Lester manakala FKIP oleh Dekan FKIP, Drs Alinurdin.

Memorandum persetujuan (memorandum of agreement) di antara LaRIS dan Fakulti Sastera (FS) pula berkaitan bengkel, persidangan, lawatan, pameran, penerbitan dan pertandingan.

LaRIS diwakili oleh Dr. Hyginus Lester manakala FS oleh Dekan FS, Dr. Mohamad Ramdon Dasuki.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Yayasan Sasmita Jaya, Dr. Pranoto.

Turut diadakan pameran kreativiti dan inovasi oleh LaRIS dan Fakulti Sastera serta pembentangan ilmiah oleh ahli LaRIS. Dr. Hyginus Lester memperkenalkan instrumen LOST? ConQueR ThERE!. yang dibangunkan olehnya untuk meningkatkan kualiti pengajaran.

Amiah Bua berkongsi pandangan tentang amalan pengajaran kreatif dalam kalangan pemimpin pertengahan manakala Nurulhuda Mohd Derus berkaitan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru sekolah.

Dr. Hyginus merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan atas kerjasama dan jalinan dalam menjayakan CAIELTS 2023.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN