27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan sekeluarga terselamat dalam kebakaran

GAMBAR: MUSNAH…. sebahagian daripada kediaman yang musnah dalam kebakaran di Tingkat Dua Blok M22, Taman Mutiara Kampung Sungai Beduan pada pagi Ahad.

Labuan: Lapan sekeluarga terselamat apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Tingkat 2 Blok M22, Taman Mutiara, Kampung Sungai Bedaun, awal pagi pada Ahad.

Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.52 pagi dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Labuan telah dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba di tempat kejadian pada jam 4.02 pagi.

Turut membantu dalam kejadian itu ialah sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha.

Sementara itu, Komander Operasi, Mohd Noor Johara yang mengetuai operasi menyelamat dan memadam kebakaran berkata, 40 peratus kediaman tersebut telah musnah terbakar dan siasatan awal mendapati api bermula dari bilik utama yang terbakar sepenuhnya.

Bagaimanapun semua penghuni yang terdiri tujuh orang dewasa dan satu kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 49 tahun itu berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Kebakaran berjaya di padamkan sepenuhnya pada jam 4.22 pagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN