26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan pelajar terima sumbangan melanjutkan pengajian di Universiti

Maileh mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Anna Lyn David yang mendapat tawaran pengajian ke  Universiti Malaysia Sabah (UMS)

KENINGAU:Lapan lagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Universiti dan Kolej mendapat sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Mereka ialah Shadynie Shane Rudy dari Kampung Awas-Awas yang  mendapat tawaran pengajian ke UMS Kampus Labuan dalam program Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa, Clierrinnika Sapudin yang mendapat tawaran pengajian ke  Cyberjaya College Kuching Sarawak dalam bidang Perubatan, Alleysira Ajim @ Marcellus dari Kampung Tagai yang mendapat tawaran pengajian ke  Universiti Pendidikan Sultan Idris-UPSI,Tanjong  Malim Perak dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Anna Lyn David dari Kampung Baginda yang mendapat tawaran pengajian ke  Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Zuariana Binti Julay yang  mendapat tawaran pengajian ke UITM Shah Alam Selangor, Wellington Cosmas dari Kampung Kapayan Baru Apin-Apin yang mendapat tawaran pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Adzhan Mohd Alai ….yang mendapat tawaran pengajian di UMS dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains dan Jessie Tan Mei Qi dari Taman Rangga Saujana Tawau yang  mendapat pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Kota Kinabalu dalam program Diploma Pengurusan Pelancongan.

Sumbangan itu masing-masing disampaikan oleh staf pejabat UPPM dan ADUN Bingkor mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya terdiri daripada Puan Maileh Lajiwat, George Dairie, Dennis Joakim, Florian Ilon @ Jai, Rahman Bin Bidin, Sonjah Junaidy dan Rozelius Juanis.

Para penerima sumbangan berterima kasih kepada Robert yang menghulurkan sumbangan yang membantu meringankan keperluan pendaftaran mereka masing-masing di Kolej dan Universiti yang menawar pengajian mereka.

Untuk rekod, sebelum ini ADUN  Bingkor itu telah memberi sumbangan seumpama ini kepada ramai pelajar dari kawasan Bingkor yang mendapat tawaran pengajian di Kolej dan Universiti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN