32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan cedera selepas kenderaan bertembung di Ranau

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pemandu salah satu kenderaan malang yang terperangkap


RANAU: Lapan mangsa nyaris maut apabila dua kenderaan bertembung antara satu sama lain dekat sini pada tengah malam hari Sabtu.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Jalan Kampung Rapak, Ranau pada jam 12.28 pagi.


“Panggilan diterima melalui Talian MERS999 mengenai kejadian ini dan sekumpulan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Mastin Bin Suli dikejarkan ke lokasi.


“Setibanya di lokasi kejadian 3 kilometer dari balai, kami mendapati telah berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah Proton Saga dan sebuah kenderaan 4×4 Chevrolet.


“Terdapat lapan mangsa terlibat, hanya seorang mangsa yang berada dalam Proton Saga dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh bomba menggunakan peralatan khas.


“Kesemua mangsa termasuk tujuh di dalam Chevrolet mengalami pelbagai kecederaan dan dihantar ke Hospital Ranau dengan ambulans dan mesin EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya.


Menurut Ridwan, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi itu, operasi ditamatkan pada jam 1.37 pagi.


Sementara itu, beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini terutama di jalan kampung yang sempit dan berbelok.
“Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca hujan selain jalan rosak.


“Sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya dan berikan kerjasama yang baik kepada pengguna jalan raya lain. Lakukan pemanduan perlahan-lahan terutama ketika di jalan tidak rata.


“Pandulah dengan berhemah dan peka dengan keadaan sekeliling, kerana kita semua mahu selamat sampai ke destinasi dan bertemu keluarga tercinta,” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN