28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LANITA anjur Festival Makanan Tradisional  Borneo Madani 2024

KHAIRUL (tiga kiri) menerima cenderahati daripada peserta Brunei yang turut menyertai festival tersebut.

LABUAN: Persatuan Inpirasi Wanita Labuan (LANITA) dengan sokongan Pejabat Kementerian Pelanconga, Seni  dan Budaya (MOTAC), Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menganjurkan Program Festival Makanan Tradisional Borneo Madani 2024 yang berlangsung di Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Program yang berlangsung selama dua hari 30 dan 31 Ogos itu diadakan sempena Sambutan Hari Kebangaaan ke 67 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Pengerusi LANITA, Maureen  Tidal program tersebut bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian makanan Tradisional Borneo kepada masyarakat khususnya genarasi baru  dan pelancong luar.

Katanya, penganjuran Festival Makanan Tradisional Borneo yang memasuki tahun kletiga telah disertai lebih 500 peserta yang melibatkan peserta Dari Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

KHAIRUL (dua kiri) ketika melawat gerak gerai pemairan kuih muih tradisional  di Festival tersebut.

“Festival ini mempromosikan kepelbagaian Makanan Tradisional Borneo dan masyarakat etnik yang telah memainkan peranan penting dari segi aspek kelestarian makanan dan sumber keaslian tumbuhan alam semula jadi sekaligus berkongsi keunikan dan keistimewaan adat budaya makanan tradisi Borneo” katanya ketika ditemui media pada program tersebut.

Festival tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Wilayah Persekutuan Labuan, Khairul Amin Abd. Rashid.

Hadir sama, Yang Di Peratua Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Dr Ramli Tahir dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, S. Rosli Matusin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN