28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Langkah lebih drastik untuk hadapi PRN: Wiramuda StarSabah

Jess Joel Moriga

KOTA KINABALU: Baru-baru ini telah berlangsung Mesyuarat Pertama Exco Wiramuda STARSABAH yang bertempat di bilik mesyuarat Sokid Villa Ibu Pejabat Parti STAR Sabah.

Setiausaha Exco Wiramuda merangkap Ketua Wiramuda N14 Tamparuli, Jess Joel Moriga berkata, antara agenda yang telah dibincangkan Bersama di dalam mesyuarat itu ialah penstrukturan semula pentadbiran Exco Wiramuda STAR Sabah.

“Sejajar dengan visi dan misi Ketua Exco Wiramuda bagi sesi 2024 – 2027, Jordan Jude Ellron beberapa perubahan dan pelantikan mengisi beberapa kekosongan jawatan telah dilakukan.

“Sebelum berhadapan dengan pilihan raya negeri yang akan berlaku pada tahun
hadapan, Exco Wiramuda dengan barisan kepimpinan baharu telah mengatur langkah lebih drastik untuk memastikan pentadbiran Exco Wiramuda lebih cekap dan effektif,” katanya.

Tambah beliau, sejajar dengan aspirasi Ketua Exco yang baharu beberapa
perubahan telah dilaksanakan seperti mewujudkan biro-biro antaranya ialah
Biro Kebajikan & Bencana Alam, Biro Sukan, Biro Perhubungan NGO, Biro Institusi
Pendidikan Tinggi Awam & Pengajian Luar dan beberapa lagi.

“Selain daripada itu, bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran Exco Wiramuda beberapa individu juga telah dilantik bagi mengisi kekosongan beberapa jawatan dan memperkukuhkan lagi pentadbiran Exco Wiramuda.

“Bagi memenuhi peruntukan Perlembagaan Parti, beberapa ahli Wiramuda telah dilantik bagi mengisi kuota lantikan jawatan.

“Pemilihan dilakukan bukan berdasarkan siapa yang lebih rapat ataupun kawan baik kepada Ketua Exco, tapi kami memilih berdasarkan merit dan background check untuk memastikan individu yang dipilih boleh memenuhi tanggungjawab jawatan yang diberikan,” katanya.

Dalam masa yang sama Jess Joel memberitahu bahawa ahli-ahli Exco juga berpendapat perlu memilih individu daripada kawasan-kawasan lain yang tidak
mempunyai wakil dalam Exco Wiramuda bagi mengimbangi representasi zon masing-masing.

Antara ahli Wiramuda yang telah dilantik ialah; Naib Ketua Exco, Suhaili Laiman (Tambunan); Naib Ketua Exco, Leoridge Jonas (Sri Tanjong); Ketua Penerangan Exco Wiramuda, Cheld Bryend (Melalap); Setiausaha Penganjur, Fernandez Parancis (Inanam) Ahli Jawatan Kuasa Exco, Hillary Salmoen (Paginatan), Lyvonder Cryiasus (Kundasang); Pembantu Setiausaha Exco, Wellborn Saimon (Tamparuli) dan Pembantu Bendahari Exco, Lang Ngindang (Kepayan).

Jess Joel mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa yang telah dipilih dan dilantik.

Beliau juga menyeru semua ahli Wiramuda STAR sama ada di kalangan Exco mahupun di bahagian, untuk melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN