ADVERTISEMENTspot_img

Langgar PKP- Sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka Polis Ranau.

DSP Sammy Newton

RANAU: Sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari fasa pertama hingga fasa ketiga di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Ranau, DSP Sammy Newton, ia melibatkan 27 tangkapan  terdiri lelaki tempatan berumur di antara 27 tahun hingga 44 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia.

“Sementara bagi PKP Fasa 4 yang bermula kemarin 29 April, polis di sini telah menangkap lima lelaki tempatan berumur di antara 27 hingga 44 tahun kerana didapati melanggar PKP.

“Masing-masing ditangkap di sebuah premis mencuci kereta dekat Kg Kimolohing dan Kg Lohan Ulu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, untuk mengelak  diambil tindakan undang-undang, DSP Sammy mengingatkan orang awam supaya terus mematuhi PKP yang kini memasuki fasa keempat.

“Sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebab yang munasabah seperti melepak dan berjalan-jalan tanpa arah tujuan bagi mengelakan tindakan tegas diambil.

“Polis akan mengambil pendekatan menangkap mana-mana individu  yang didapati melanggar PKP  seterunya akan dituduh di mahkamah,” tegasnya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan Kerajaan Malaysia bermula 18 Mac lalu sebagai langkah drastik memutuskan penularan pandemik Covid19 yang kini telah meragut lebih 200 ribu nyawa seluruh dunia. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN