26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

langgar PKP Fasa 2, lima individu dikompaun RM1,000 di Ranau.

Foto: DSP Sammy Newton


RANAU: Lima individu di sini terpaksa menerima padah, apabila dikompaun RM1,000 setiap seorang, selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Ketua Polis Ranau, DSP Sammy Newton ketika mengesahkannya berkata, kesemua lima individu yang ditahan dan dikompaun  merupakan lelaki tempatan berusia di antara 20 hingga 32tahun.

Katanya, kes berlaku  di dua lokasi berasingan di daerah ini sepanjang PKP fasa dua dikuatkuasakan bermula 1 hingga 14 April 2020.

“Dalam kes pertama lebih kurang jam 3.15 petang, polis telah menahan empat lelaki bertempat di sebuah premis mencuci kenderaan Kg.Lohan kerana beroperasi seperti biasa dan menerima dua pelanggan.

“Manakala kes kedua berlaku lebih kurang jam 8.30 malam di hadapan Pasaraya Sabindo dekat Kg.Lasing, di mana seorang lelaki didapati gagal memberi penjelasan yang munasabah tentang keberadaannya di tempat tersebut,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, kesemua individu  telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dan telah dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Hari ini 15 April, PKP telah memasuki fasa ketiga perlaksanaannya, justeru polis mengingatkan orang awam  dengan tegas supaya mematuhi perintah atau berdepan tindakan lebih keras.

“PKP fasa 3, pihak polis tidak lagi berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar arahan dikeluarkan kerajaan. Mereka  yang masih degil  dan ingkar akan ditangkap, direman dan dituduh di mahkamah,” jelasnya. –TAMAT









ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN