31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LALUAN SEMENTARA JALAN KENINGAU-APIN-APIN DIBUKA BERMULA SABTU INI- ROBERT

Robert (tengah)semasa melawat pembinaan laluan sementara itu.

KENINGAU:Laluan sementara berikutan jambatan Liau  jalan Keningau – Apin-Apin yang mendap minggu lepas akan dibuka bermula Sabtu ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, laluan sementara itu dibina kerana laluan asal kini dalam penyelanggaraan.

“Dengan adanya laluan sementara  itu memudahkan orang ramai dari arah Tambunan – Apin-Apin ke Pekan Keningau atau sebaliknya” katanya selepas meninjau pembinaan laluan itu kelmarin.

Pada masa sama Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berharap pengguna dapat bersabar untuk sementara waktu ini. 

Buat sementara waktu katanya, para pengguna  gunakan dulu laluan alternatif iaitu melalui jalan Ranggom Kepayan – Magatang – Keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN