26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Laluan Ranau-Tambunan mungkin terputus sekiranya tiada pemantauan, pembaikan

BAHAYA…Antara lokasi tanah runtuh jalan Ranau-Tambunan.

RANAU: Laluan menghubungkan  daerah  Ranau dan Tambunan berkemungkinan akan terputus pada bila-bila masa, sekiranya tiada pemantauan seterusnya pembaikan beberapa lokasi  berlaku tanah runtuh dilaluan jalan raya antara kedua daerah.

Beberapa penduduk yang menghubungi Media Borneo Daily Buletine (BDB) menjelaskan,
pemantauan berterusan harus dilakukan seterusnya pembaikan mana-mana kawasan yang runtuh supaya laluan menghubungkan dua daerah tidak terputus.

“Macam yang berlaku tanah runtuh  berhampiran ‘Pondok Perhentian Bas’ dan terletak berhampiran perumahan penduduk Kg.Tungou Ranau perlu dibaiki segera mengelakkan perkara tidak diingini berlaku’, kata salah seorang penduduk, Painin Bin Wali.

Menurutnya beberapa kawasan tanah runtuh berlaku di beberapa lokasi laluan menghubungkan daerah Ranau dan Tambunan perlu pembaikan segera sebelum berlaku runtuhan lebih besar, memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Pihak Globinaco Sdn Bhd selaku Konasesi pemantau jalan Ranau-Tambunan sudah dimaklumkan berhubung kejadian tanah runtuh itu dan pihaknya sudah menghantar mesin untuk tujuan pembersihan dan pembaikan laluan mana-mana yang perlu.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN