27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAKUKAN PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR ASAS DI MENUMBOK: FADZLEE

MENUMBOK — Bekas Ketua Umno bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Lee Abdullah( gambar) menyarankan supaya usaha perlu dilakukan bagi menambahbaik kemudahan infrastruktur asas di daerah ini agar penduduknya menerima manfaatnya demi kelangsungan hidup mereka.

Katanya, penduduk di sini juga sepatutnuya menikmati keselesaan seperti kampung-kampung di daerah lain.

“Adalah menjadi harapan besar penduduk termasuk saya untuk melihat daerah kecil ini semakin maju ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataannya di akaun facebook peribadinya.

Beliau berkata, pemimpin yang diberi mandat rakyat seharusnya melakukan sesuatu termasuk berusaha mencari jalan meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur asas supaya penduduk tidak menghadapi sebarang masalah ketika berlaku bencana.

Bekalan air paip yang keruh sabgat mengecewakan penduduk.

“Tiada daya dan upaya penduduk kampung sekiranya mandat yang diberikan kepada pemimpin sebagaimana yang diharapkan tidak diperjuangkan,” katanya sambil menambah bahawa adalah memalukan jika masalah yang dihadapi diwariskan kepada generasi akan datang.

Beliau yang Juga bekas calon Bebas PRN Ke-16 merujuk kehampaan yang dialami penduduk apabila berlaku sebarang bencana seperti banjir yang menyebabkan rumah mereka ditenggalami air selain menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Katanya, banyak kekurangan di segi infrastruktur asas di daerah ini menyebabkan penduduk hampa dan kecewa seolah-olah pemimpin mereka lansung tidak memperjuangkan bagi penambahbaikan kemudahan-kemudahan yang ada.

Situasi banjir yang sering berlaku di Menumbok.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, kemudahan seperti kalbut, sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan baik dikatakan menjadi punca berlakunya banjit kilat di samping penyaluran bekalan air kepada penduduk yang sering terputus berbulan-bulan.

Menurut beliau, masalah-masalah yang dihadapi penduduk sering kali disuarakan dan ditularkan di media-media sosial namun tiada perhatian diberikan oleh wakil rakyat atau pegawai-pegawainya.

“Dengarilah suara-suara rakyat melalui media sosial itu dan tunjuklah keprihatinan terhadap keluh kesah mereka. Sepatutnya inilah fungsi pemimpin yang mendapat dari rakyat,” tegasnya.

Mohd Fadzlee berkata, pihaknya memberi teguran ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sebagai satu tanggungjawabnya mewakili penduduk kampung memperingatkan agar wakil rakyat dapat melaksanakan amanah dengan baik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN