ADVERTISEMENTspot_img

LAGU RASMI PAPIM DILANCAR PADA MALAM SENANDUNG AIDILFITRI 2026 PADA 11 APRIL

SELESAI MESYUARAT…Duduk dari kiri Nor Isham Narawi (Pengerusi Pelaksana), Hj Ahmad Dipong, Alihussein Matnor (SU Agung),Naib Pengerusi,Puan Nismah Hj Kanak dan Ketua Penerangan, Hj Mohd Amin Hj Muin.Berdiri belakang: Ag Ghazali Ag Ghani, Ag Kassim Hj Ismail, Ag Mohd Jainal Hj Jalani, Ali Omar Salleh, Nadzirah Mohd Nizam dan Ismail Hj Baniamin

MEMBAKUT: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping di Kota Kinabalu akan mengadakan Malam Senandung Aidilfitri PAPIM 2026 pada Sabtu depan (11-4-2026) di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping Membakut bermula jam 8 malam.

Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad@ Jumin Dipong berkata pelbagai acara akan diadakan pada majlis Aidilfitri kali ke-2 dianjurkan oleh PAPIM sejak ditubuhkan 3 tahun lalu.

Beliau berkata Penolong Setiausaha Agung yang juga Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar yang baharu, Encik Nor Isham Narawi sekali lagi diberikan tanggungjawab sebagai pengerusi pelaksana atas kejayaannya menguruskan beberapa aktiviti penting dan utama PAPIM selama ini bersama AJKnya.

“Kita merancang mengadakan program yang dapat mengumpulkan anak-anak dari Kampung Pimping dalam satu majlis mahabbah pada 4 April lalu tetapi oleh kerana Penaung persatuan, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif mengadakan Majlis Kesyukuran Aidilfitri pada tarikh itu maka kita putuskan untuk mengadakan program ini pada 11-4-2026,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat persediaan Malam Senandung PAPIM 2026 ini di kediaman, Encik Nor Isham di sini pada petang Sabtu.

Antara acara yang akan diadakan ialah Pertandingan Nyanyian Lagu- Lagu Aidilfitri Terbuka kepada penduduk Kampung Pimping selain Persembahan enam Penyanyi Jemputan Veteran dari kampung ini.

Borang Penyertaan Lagu Karaoke Aidilfitri akan diedarkan kepada mereka yang berminat atau menghubungi Pengerusi Persembahan/ Pertandingan, Ali Omar Salleh atau Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong.

KAIN Rentang Majlis Aidilfitri PAPIM 2026.

Buat julung kalinya Lagu Rasmi PAPIM yang dicipta oleh anak Penolong Setiausaha Agung juga akan diperdengarkan kepada orang ramai di majlis ini.

“Pemimpin-Pemimpin PAPIM sendiri akan menyanyikan lagu Persatuan PAPIM ini di atas pentas sebaik sahaja dilancarkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin selaku Penaung PAPIM,” kata Pengerusi Penganjur Nor Isham.

Untuk memeriahkan lagi acara yang bertujuan menjalin dan memantapkan lagi ikatan silatulrahim dan persaudaraan antara ahli PAPIM dan masyarakat kampung Pimping cabutan pemenang bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik juga disediakan kepada pengunjung bertuah.

Acara sambutan Aidilfitri PAPIM ini adalah buat kali kedua dilaksanakan oleh persatuan yang aktif menganjurkanbpelbagai aktiviti kebajikan dan amal ini.

Tahun lalu PAPIM mengadakan sambutan Aidilfitri ini di Dewan Hijrah Wisma Muis Kota Kinabalu.

” Kali ini kita adakan di kampung halaman sendiri supaya ahli-ahli PAPIM yang berada di ibu kota dapat balik ke kampung untuk berkumpul bersama sanak saudara dan sehabat handai, sejak sekian lama tidak betjumpa,” tambah Haji Ahmad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN