26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lagu ‘MALAYSIA KU PRIHATIN muncul juara

JOHAN….Kumpulan PHASE 4 yang menyanyikan lagu ‘MALAYSIA PRIHATIN


LABUAN: Lagu ‘Malaysia Ku Prihatin’ ciptaan Isa Julkip muncul juara Pertandingan Mencipta Lagu Hari Malaysia  anjuran LABUANfm yang disiarkan secara maya, pada Sabtu.

Lagu ‘Malaysia Ku Prihatin yang dinyanyikan oleh PHASE 4 itu  menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Naib johan  jatuh kepada lagu  ‘Prihatin Demi Cinta Pada Negara’  ciptaan MD Salleh Sawi dan Affindy Pain dan dinyanyikan oleh  Fush 21  untuk menerima hadiah wang tunai RM3,000.

NAIB JOHAN…KUMPULAN  Fush 21 yang menyanyikan lagu  ‘Prihatin Demi Cinta Pada negara’

Tempat ketiga jatuh kepada lagu yang berjudul ‘Prihatin Selamanya’ ciptaan  Mohd Shafie Burhanuddin yang dinyanyikan  oleh  Shafie,  Yahya  dan Wani’ma menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Sementara itu, lagu ‘Malaysia Negara Tercinta’ ciptaan Christal dan dinyanyikan oleh Haider dan Christal memenangi Anugerah Khas Juri.

Manakala lagu ‘Prihatin Selamanya’ ciptaan Mohd Shafie Burhanuddin  yang dinyanyikan  Shafie, Yahya dan Wani’ma  memenangi Anugerah Video Terbaik.

Kedua-dua lagu tersebut menerima hadiah berupa tiket penerbangan sumbangan MASwing.

Lagu ‘Malaysiaku Prihatin’ ciptaan Mozakaz, Akmal dan Jay-Jay yang dinyanyikan oleh Sadaura Buskers dan lagu ‘Malaysia Haromoni’  ciptaan  Peter Lau  dan dinyanyikan Peter Lau dan Friends masing-masing menerima hadiah sagu hati bernilai RM1,000.

Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Samsudin Mohd berkata, pertandingan tersebut  merupakan platform untuk memberi peluang dan ruang kepada peserta mempamerkan bakatmencipta  lagu dan lirik serta menghasilkan karya-karya berkualiti tinggi.

KETIGA…. lagu ‘Prihatin Selamanya’ yang dinyanyikan Shafie, Yahya dan Wani’ma.

“Program ini juga sekaligus dapat menyemarakkan semangat patriotik, cintakan negara dan memupuk perpaduan kaum dan etnik menerusi kerjasama erat sepanjang proses penciptaan lagu dan menghasilkan persembahan” katanya kepada pemberita.

Aminah berharap, makna kemerdekaan dapat  dihayati dalam kalangan masyarakat agar terus berusaha untuk mengekalkannya dan bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sehingga kini.

Selain itu katanya, program terbitan Mcallister Michael ini juga merupakan julung kalinya dilaksanakan dengan norma baharu .

Menurut beliau. menerusi penggunaan media sosial sebagai medium/platform siaran, diharapkan ia dapat merentasi sempadan menemui khalayak di mana sahaja berada sama ada di Malaysia mahupun di luar Negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN