30 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAGI SEKOLAH CETUS KLUSTER BAHARU DI SABAH, SMK RANAU

KOTA KINABALU: Satu lagi institut pendidikan mencetuskan kluster baharu Covid-19 di Sabah, kali ini membabitkan sebuah sekolah di Ranau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks Kluster Puri Ranau itu membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

“Pelajar terbabit dikesan positif selepas menjalani ujian kendiri kerana bergejala.

“Ujian pengesahan Covid-19 telah dijalankan di mana kes didapati positif dan saringan terhadap rakan sekelas serta sebilik kes indeks telah dijalankan dengan enam orang lagi didapati positif.

“Kesemua pelajar perempuan terbabit berada dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasing serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu pada Sabtu, sebuah sekolah di Tambunan iaitu SMK Tambunan turut mencetuskan kluster baharu yang dipanggil Kluster Jalan Kepayan Lama.

Kluster itu juga membabitkan lebih 30 pelajar disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Masidi berkata, jumlah kes harian di Sabah kembali melepasi angka 200 dengan 201 kes baharu dicatatkan, hari ini.

Katanaya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, sebanyak 196 berada dalam kategori 1 dan 2, empat kes dalam kategori 3 dan satu kes lagi dalam Kategori 4.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN