32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAFA anjur Klinik Bola Sepak Marlin U12

RITHUAN (berdiri tengah barisan belakang) beersama peserta yang menyertai Klinik Bola Sepak Marlin  U12 anjuran LAFA

LABUAN: Seramai 38 murid berusia bawah 12 tahun menyertai Klinik Bola Sepak Marlin U12 siri 2 anjuran Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) yang diadakan di padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan, pada Ahad.

Klinik sehari  yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan Majlis Sukan Labuan (MSL) dikendalikan oleh tiga jurulatih bertauliah yang diketuai oleh Ramle Abdul Rashid.

Sementara itu, majlis penutupan serta penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Presiden LAFA, Sophian Said, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Alex Anthony dan Pegawai Majlis Sukan Labuan, Zulelmi Amran.

Terdahulu, Rithuan ketika berucap berkata, klinik  yang dianjurkan oleh LAFA  merupakan platform terbaik buat  kanak-kanak bawah 12 tahun untuk mengembangkan bakat disamping  mempelajari teknik-teknik baharu  sukan bola sepak.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada penganjur  yang sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program sukan bola sepak khususnya untuk  anak-anak muda.

“Program seperti ini sekaligus akan memberi inpirasi kepada anak muda untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak” katanya.

Rithuan yang juga bekas pemain bola sepak pasukan Labuan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa    yang bukan sahaja memberikan sokongan  tetapi sama sama hadir untuk menyaksikan klinik yang disertai oleh anak-anak mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN