27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LABUANfm  bersama MLC santuni  warga tionghua  menerusi  Program Ziarah Kasih Gong Xi Fa Chai

SERAH…Fauziah (empat dai kiri) bersama Andy (tiga dari kiri)  dan Noor Afatizah (dua dari kanan) ketika menyantuni ibu tunggal di Kampung Sungai Bangat.

LABUAN: Jabatan Penyiaran Labuan sekali lagi melaksanakan Program Sinergi LABUANfm Ziarah Kasih Gong Xi Fa Chai dengan menyantuni tiga buah keluarga Tionghua yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan sedikit bantuan keperluan  harian.

Program Sinergi LABUANfm  turut mendapat kerjasama  Pertubuhan Mutiara Labuan Charity (MLC) iaitu sebuah pertubuhan kebajikan untuk membantu warga Labuan yang kurang bernasib baik.

Tiga buah keluarga masyarakat tionghua yang disantuni sempena program itu masing-masing dua ibu tunggal yang tinggal dari Kampung Sungai Bangat dan Kampung Sungai Keling dan seorang lagi merupakan keluarga Orang Kurang Kelainan (OKU) yang tinggal di Perumahan Rumah Murah Kampung Rancha-Rancha.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek, program Sinergi LABUANfm merupakan program khidmat masyarakat yang dilaksanakan secara berkala bertujuan mendekati masyarakat disamping mempromosikan LABUANfm.

Beliau berkata, Ziarah Kasih Gong Xi Fa Cai dipilih bagi program Sinergi bersempena bulan sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari ini dengan  mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Warga Labuan,  Mutiara Labuan Charity (MLC).

Jelasnya, sambutan tahun baharu Cina sememangnya disambut meriah setiap tahun oleh masyarakat Tionghua, namun ada juga antara mereka yang tidak bernasib baik untuk menyambutnya.

“Justeru itu LABUANfm mengambil kesempatan untuk menyantuni serta menyambut perayaan ini bersama-sama mereka sekaligus merasai dengan lebih dekat makna sambutan Tahun Baharu Cina”, katanya ketika ditemui pada program terebut di Kampung Sungai Keling, pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Mutiara Labuan Charity, Andy Yong dan Ketua Bahagian Siaran LABUANfm, Noor Afatizah Sabtu.

Menurut Fauziah lagi, program tersebut  dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan kebaikan membantu mereka yang memerlukan tidak kira bangsa mahupun agama selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

Sementara itu, Andy yang turut ditemui pada program itu, menjelaskan pertubuhan MLC merupakan sebuah pertubuhan yang diwujudkan lebih tiga tahun lalu bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan juga  kepada masyarakat yang ditimpa bencana.

“Sehingga kini kami telah melaksanakan lebih 100 aktiviti  membantu menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya sepanjang pendamik COVID 19  dan yang terbaru   bekerjasama dengan LABUANfm menerusi program Ziarah Kasih Gong Xi Fa Chai” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN