MESYUARAT…. Bungso (dua kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung PPK Labuan Utara yang diadakan di Gelanggang Futsal Bukit Kuda.
LABUAN: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Labuan Utara berjaya memperolehi keuntungan berjumlah RM140,000 bagi kawangan tahun 2020 melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan ekonomi yang dijalankan.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Labuan Utara, Bungso Muhammad berkata, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah jualan barang bekalan ladang, projek pertanian kaedah fatrigasi dan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (Pasar Peladang).
Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan PPK Labuan Utara kali 36 yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Bukit Kuda, di sini, pada Sabtu.

UCAPAN… Bungso ketika berucap pada mesyuarat agung berkenaan.
Sementara itu katanya, ahli ahli yang bermesyuarat juga telah meluluskan untuk pembayaran dividen sebanyak 20 peratus kepada ahli-ahli peladang yang merupakan pemeggang saham PPK Labuan Utara.
“Pembayaran ini sebanyak 20 peratus merupakan satu lagi detik sejarah kepada PPK Labuan kerana ia merupakan pembayaran dividen tertinggi pernah di buat sejak penubuhannya 36 tahun yang lalu” katanya.
Turut diadakan dalam mesyuarat yang dihadiri 83 ahli daripada 10 unit PPK Labuan Utara itu ialah sesi pemilihan 11 Ahli Jemaah Pengarah (AJP) sesi 2021-2023 dan juga pemilihan calon perwakilan ke Mesyuarat Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang akan diadakan pada tahun ini.
Pada mesyuarat tersebut seramai 12 anak ahli PPK Labuan Utara yang mendapat keputusan cemeralang dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2021 telah menerima hadiah Dermasiswa Pelajaran sumbangan PPK Labuan Utara.
Semenatara itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan, Sophian Niza Ismail ketika berucap pada mesyuarat itu menjelaskan, PPK Labuan Utara telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PPK pertama dari seluruh negara yang berjaya menjalankan mesyuarat agung tahun 2021 serta dirasmikan oleh Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Mohd Nazri Abdullah secara maya.