31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan sertai Sukan Persahabatan BIMP-EAGA di Palawan Filipina.

Fadzilah menyerahkan Bendera Wilayah Persekutuan Labuan kepada salah seorang atlet yang menyertai Kejohanan itu.

LABUAN: Kontijen Labuan akan menyertai Kejohanan Sukan Persahabatan BIMP-EAGA edisi ke 11 di Palawan Filipina bermula 01 hingga 5 Disember ini.


Pada Kejohanan itu kontijen Labuan akan disertai seramai 14 atlet dan 8 pegawai yang akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek selaku Chef De’ Mission.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Fadzilah Mahmud, pada kejohanan dwi tahunan itu Labuan akan menyertai empat acara daripada lapan acara sukan yang dipertandingkan membabitkan Karate, Silat, Badminton dan e-Sukan.


“Selain Labuan,vnegeri lain yang akan bersaing di kejohanan itu ialah Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina” katanya pada majlis Penyerahan Bendera kepada atlet di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.


Untuk rekod Labuan pernah menjadi tuan rumah kejohanan ini pada tahun 2014.


Kali terakhir Kejohanan Sukan Persahabatan BIMP-EAGA diadakan pada 2018 di negara Brunei Darussalam dan selepas itu kejohanan ini ditangguhkan selama 6 tahun akibat Pendemik COVID 19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN