26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan sasar tanam 100,000 pokok anak bakau

SIMBOLIK…..Dr Fary (empat dari kiri) bersama ketua ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat dalam program penanaman anak pokok bakau di tebing sungai Tanjung Aru Nelayan, pada Ahad.

LABUAN: Perbadanan Labuan bersama beberapa agensi kerajaan yang berkaitan menyasarkan untuk menanam 100,000 pokok anak bakau di tebing dan muara sungai  serta pesisir pantai bagi mengurangkan risiko hakisan  di Wilayah Persekutuan Labuan.

Penanaman pokok  berkenaan sebagai  usaha menyokong pelaksanaan program penghijauan Malaysia melalui Kempen penanaman 100 juta pokok.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata,  bermula  bulan depan  Perbadanan Labuan bersama Jabatan Pengairan  dan Saliran (JPS)  serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menanam sebanyak 5,000 pokok anak bakau di sepanjang pantai Tanjung Aru dan Pantai Tanjung Aru Nelayan.

“Kita sedia maklum Pantai Tanjung Aru dan Pantai Tanjung Aru Nelayan semakin  terhakis, oleh itu dengan penanaman lebih banyak pokok bakau di pesisir pantai akan mengurangkan kadar hakisan pantai di kampung berkenaaan.

“Selain daripada pantai Tanjung Aru terdapat banyak lagi kawasan pantai yang akan ditanam dengan pokok bakau dan pada tahun ini secara keseluruhannya kita menyasarkan sebanyak 9,250 pokok bakau akan di tanam di pulau ini” katanya.

GOTONG ROYONG…. Komunti Kampung Tanjung Aru bergotong royong menanam pokok anak bakau di tebing sungai Tanjung Aru Nelayan sempena Hari Sungai Sedunia dan Denai Sungai Kebangsaan 2.0

Beliau berkata demikian ketika berucap  merasmikan Program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2021 dan Denai Sungai Kebangsaan 2.0 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di pantai Kampung Tanjung Aru Nelayan, pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan, Juniaddi Awang Tuah, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan, Amir Hamzah Musa dan Pengarah Jabatan Sosial Ekonomi (JSE) Perbadanan Labuan, Dato’ Osman Che Jusoh.

Menyentuh mengenai Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK), Dr Fary berkata ia adalah  merupakan  strategi tindakan  pencegahan pencemaran melalui pendekatan kawalan  berasaskan  alam semula jadi.

“Pendekatan ini  adalah  bagi mendidik masyarakat agar menyayangi sungai sebagai sumber alam yang perlu dijaga yang secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat  tentang betapa pentingnya  penjagaan sungai yang menjadi nadi  dalam kehidupan.

“Pembinaan denai dan taman di kawasan rizab sungai juga secara langsung menggalakkan penglibatan orang ramai, komuniti setempat dan badan korporat serta pertubuhan badan bukan kerajaan dari aspek pengawasan, pemeliharaan dan pengindahan sungai” katanya.

Selain menanam pokok anak bakau, turut diadakan gotong royong membersihkan  persekirtaran tebing sungai Tanjung Aru Nelayan yang di laksanakan oleh komuniti kampung Tanjug Aru  dan Kampung Tanjung Aru Nelayan.

Selain itu turut terlibat dalam program tersebut ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Labuan, Bahagian Bekalan Air Labuan, Pejabat Metrologi Lbuan, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Komuniti setempat dan Rakan Alam Sekitar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN