Mohd Rafi ketika meninjau salah satu kawasan yang terjejas akibat banjir kilat
LABUAN:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan (gambar) menyarankan kepada agensi kerajaan yang berkaitan dengan kejadian banjir kilat untuk mewujudkan Pasukan Petugas Khas Hotspot Banjir Kilat bagi menangani isu kejadian banjir kilat yang telah menjejaskan kehidupan rakyat di pulau ini.
Beliau berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuk Perbadanan Labuan perlu bekerjasama untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi mengurangkan risiko banjir kilat yang sentiasa menghantui penduduk dibeberapa kawasan di pulau ini setiap kali berlakunya hujan lebat.
Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata dengan adanya pasukan petugas khas ini ia dapat memantau secara bersepadu keadaan longkang, inlet dan saliran selain melaksanakan kerja pembersihan segera di kawasan terjejas.
“Saya yakin dengan adanya pasukan taskfoce yang lebih proaktif usaha untuk menangani isu banjir kilat ini akan dapat diatasi sepenuhnya”, katanya ketika ditemui baru baru ini.
Mohd Rafi turut menegaskan, pihak berkaitan perlu bertanggung jawab dalam menangani isu banjir kilat yng semakin meruncing sehingga menjejaskan kehidupan rakyat selain harta benda mereka rosak.
Untuk rekod antara kampung yang terjejas dengan banjir kilat setiap kali hujan lebat berlaku ialah kampung Lajau, Batu Manikar, Lajau, Belukut, Rancha Rancha dan Sungai Miri..
Salah satu antara menyebabkan banjir kilat berlaku sistem perparitan tidak diselangara dengan baik dan tidak mencukupi, saiz longkang yang kecil tidak mampu menampung limpahan air yang semakin meningkat dan berlakuya aktiviti pembangunan.



