33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan perlu kekal sebagai Wilayah Persekutuan

PENDIRIAN… Bashir (duduk tengah) bersama Jawatakuasa UMNO Bahagian dan Ketua UMNO Cawangan yang membuat pendirian Labuan perlu kekal sebagai Wilayah Persekutuan.


Labuan: UMNO Bahagian menyatakan pendirian bahawa Labuan harus kekal sebagai Wilayah Persekutuan dan tidak perlu dikembalikan ke Sabah seperti mana yang diwar-warkan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Ketua UMNO Sabah Datuk Bung Moktar Radin.


Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias berkata, UMNO Bahagian Labuan mengambil pendirian untuk Labuan kekal sebagai sebuah Wilayah Persekutuanm, walaupun Labuan masih ketinggalan berbanding dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


“Kami (UMNO) Labuan telahpun membuat pendirian untuk mengekalkan Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan dan faktor kurangnya pembangunan bukanlah pendorong untuk Labuan dikembalikan ke Sabah” katanya dalam satu sidang media di sini, pada Isnin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah Datuk Moktar Radin pada Ahad yang akan mengemukakan cadangan mengembalikan Labuan kepada Sabah dan akan dimasukkan ke dalam manifesto pada PRU 15.


Terdahulu sebelum itu, Ahli Parlimen Labuan yang mewakili Parti Warisan Sabah berkata di Dewan Rakyat pada 20 Julai lalu bahawa Labuan perlu dikembalikan kepada Sabah sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak dapat memenuhi komitmen untuk membangunkan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.


Bashir yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan, bahawa UMNO Labuan akan terus mendesak kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan yang lebih besar bagi menaik taraf kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat.


“UMNO Labuan juga mahu kerajaan Persekutuan akan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan Labuan agar setanding dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya sekaligus bagi menepis perpepsi sebilangan kecil rakyat yang Labuan dipinggirkan” katanya.


Beliau juga mahu Kerajaan Persekutuan memberikan pengiktirafan kepada anak-anak tempatan Labuan yang berkelayakan menerajui agensi kerajaan persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan yang terdapat di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN