Labuan negeri pertama capai 80 peratus imuniti kelompok di Malaysia

Home Tempatan Labuan negeri pertama capai 80 peratus imuniti kelompok di Malaysia
Labuan negeri pertama capai 80 peratus imuniti kelompok di Malaysia

SUNTIKAN …..Dr Ismuni melakukan  suntikan vaksin ke 54,800  kepada  Chin King Lung sambil diperhatikan Rithuan.

LABUAN:  Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri pertama di negara ini yang berjaya   mencapai imuniti kelompok  80 peratus   daripada jumlah populasi penduduk dewasa menerima vaksinasi lengkap dua dos  hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Rithuan Ismail berkata, kejayaan itu merupakan satu permulaan dalam usaha membantu kerajaan mengekang penularan  pendemik COVID 19 khususnya di Labuan.

Katanya, sehingga hari ini JPBD yang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri termasuk beberapa agensi yang berkaitan telah berjaya memberi suntikan vaksin kepada 54,800 individu daripada 68,500 jumlah keseluruhan penduduk dewasa yang layak menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan.

TAHNIAH… Chin King Lun  menerima ucap tahniah daripada Bashir (tiga dari kanan) selepas menjadi individu ke 54,800 menerima vaksin COVID 19 di PPV pandu lalu UMSKAL.

Beliau yang juga Pengerusi  Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan,  menyifatkan program itu  sebagai tugas yang sukar, namun atas sokongan dan kerjasama berpasukan  yang diberikan oleh semua pihak  termasuk penduduk Labuan  menjadikan usaha  untuk menyasarkan 80 peratus imuniti kelompok menjadi mudah dan  berjaya direalisasikan pada hari ini.

“Alhamdullilah… sejak program sasaran Imuniti Kelompok  dijalankan pada 18 Jun lalu, sehingga lah hari ini iaitu selepas 40 hari kita telah berjaya melonjakkan  daripada 20 peratus  kepada 80 peratus penduduk Labuan  menerima vaksin” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pencapaian 80 peratus Pemakvasinan COVID 19 untuk Labuan di Pusat  Pemberian Vaksin Pandu Lalu Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari, Pengarah Majlis Keselmatan Negara (MKN), Mohd Hafiez Daud, Pengarah UMSKAL, Prof Dr. Jualang @ Azlan Gansau, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

SIARAN LANGSUNG….. Bashir (duduk kiri) bersama Dr Ismuni (duduk depan), Rithuan (duduk kanan) ketika mendengar ucapan tahniah daripada Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu,  Chin King Lung, seorang peniaga dari Kampung Kerupang menjadi individu  bertuah kerana menjadi penerima vaksin yang mengenapkan angka 80 peratus imuniti kelompok bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau menerima suntikan yang mencipta sejarah tersendiri itu daripada Dr Ismuni Bohari kira-kira jam 11.30 pagi di PPV pandu lalu UMSKAL.

Turut diadakan siaran secara langsung melalui media sosial facebook (fb)  ucapan tahniah dan penghargaan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa   atas kejayaan  petugas barisan hadapan dan JPBD Labuan dalam   mencapai 80 peratus imuniti kelompok yang pertama di Malaysia.

TAHNIAH… Chin King Lun  menerima ucap tahniah daripada Bashir (tiga dari kanan) selepas menjadi individu ke 54,800 menerima vaksin COVID 19 di PPV pandu lalu UMSKAL.

.