24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan juara Kejohanan Golf Kadayan seBorneo Kali ke 7

LABUAN: Pasukan Golf Kadayan Labuan muncul juara Kejohanan Golf Kadayan seBorneo (KGKS) kali ke 7 yang diadakan di padang golf Labuan International Golf Club (LIGC), pada Sabtu.

Kejohanan yang melibatkan 20 pemain setiap pasukan menyaksikan Labuan berjaya mengutip 644 pukulan menewaskan pasukan Brunei yang mencatatkan kelebihan 5 pukulan (649).

Dengan kemenangan itu pasukan Golf Kadayan Labuan yang diketuai oleh Datuk Rozman Isli menerima hadiah sebuah piala serta wang tunai bernilai RM4,000.

Manakala Brunei yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara menerima sebuah piala iringan dan wang tunai bernilai RM3,000.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Sabah dan keempat Sarawak.Sementara itu bagi kategori Individu Gross, johan dimenangi Suhaimi Ibrahim dari Brunei dengan catatan 79 pukulan, naib johan dimenangi Johari Ahmad juga dari Brunei dengan jumlah pukulan 79 (OCB) tempat ketiga dimenangi Ahmad Izz Amin dari Labuan dengan catatan 80 pukulan dan tempat keempat dimenangi Tonny Hj Karim dari Brunei yang mencatatkan 83 pukulan.Bagi kategori Nett, johan dimenangi Tawfik Ali dari Labuan dengan catatan 70 pukulan, tempat kedua dimenangi oleh Moksin Junaidi dari Brunei (70 pukulan, tempat ketiga Benedik Bakri Awang dari Labuan (70 pukulan) dan tempat keempat dimenangi juga pemain dari Labuan, Amin Salleh yang mencatatkan 71 pukulan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang DiPertua Persatuan Kadayan Wilayah Persekutuan Labuan,(WAKAL), Datuk Rozman Datuk Isli.Sementara itu, Sabah akan menjadi tuan rumah kejohanan itu pada tahun depan.

Kejohanan yang melibatkan Sabah, Sarawak, Labuan dan negara Brunei Darussalam itu dianjurkan setiap tahun secara bergilir gilir memasuki tahun ke tujuh penganjurannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN