30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan IBFC  meterai MoU dengan Majlis Rektor Universiti Indonesia (CRISU)

PERSEFAHAMAN…. Prof  Herman (dua dari kiri)  dan Iskandar (dua dari kanan) bertukar-tukar dokumen MoU yang ditandatangani.

LABUAN:Labuan IBFC Inc menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Rektor Universiti Indonesia (CRISU) bagi memudahkan latihan pratikal untuk pelajar Universiti Indonesia.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif Labuan IBFC,  Datuk Iskandar Mohd Nuli, manakala CRISU diwaki oleh Naib Setiausaha Agung CRISU, Prefesor Herman Fithra.

Sementara itu, Iskandar berkata MoU itu mencerminkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan objektif bersama bagi memgembangkan kumpulan bakat dan memperkenalkan perpektif baharu, idea idea yang inovatif dan pengalaman penyelidikan dalam industri di Labuan.

Menurut Iskandar, inisiatif itu sejajar dengan Pelan Hala Tuju Strategik Labuan IBFC 2022-2026 yang menumpukan kepada penggalakkan latihan dan kemudahan pasaran.

“Perkongsian strategik ini akan memperkayakan  bakat dalam industri perbankan untuk pengambilan oleh perniagaan di Labuan sekaligus memberi manfaat pengetahuan tempatan dan pandangan tentang pasaran Indonesia disampig memupuk aktiviti pembangunan pasaran” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Iskandar berkata kerjasama diantara pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia dengan universiti Indonesia dalam mempromosikan pamahaman yang  lebih baik  tentang penyelesaian dan penawaran Labuan IBFC akan membantu penyebaran maklumat yang tepat.

Sementara itu, Prof. Herman dalam ucapannya menyatakan keyakinan CRISU untuk bekerjasama  bagi memberi pendedahan  pelajar  mengenai perniagaan yang dikendalikan oleh IBFC Labuan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang hubungan antara perusahan domestik dan luar pesisir pantai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN