30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan FSA  tandatangani  Ikrar Bebas Rasuah

GAMBAR: INTEGRITI…. Nik Mohammed Din (empat dari kanan) menunjukkan dokumen  IBR kepada Augustine (tiga dari kanan)  bersama barisan lembaga pengarah yang lain. 

LABUAN: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)  sebagai tanda komited  dalam  menyemai integriti dan tadbir urus yang baik dalam organsasi.

Majlis menandatangani IBR itu diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Nik Mohammed Din Nik Musa bersama barisan pengarah lembaga Labuan FSA dihadapan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Wilayah Persekutuan Labuan, Augustine S. Manson.

Majlis yang  berlangsung di salah sebuah hotel di sini, pada Selasa turut disertai kira-kira 100  kakitangan Labuan FSA. 

Terdahulu Nik Mohammed Din ketika berucap pada majlis itu berkata, Labuan FSA sentiasa  komited untuk menjadi pusat pengawalselian dan penguatkuasaan industri perkhidmatan kewangan dan perniagaan di Labuan dalam memerangi apa juga bentuk  rasuah, penipuan dan  salahguna kuasa.

“Majlis ini juga merupakan  sebahagian daripada usaha Labuan FSA untuk meningkatkan integriti di bawah Pelan  Anti-Rasuah Organasasi Labuan FSA (OACP) 2020-2022 iaitu menggalakkan Tadbir Urus Baik dan meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti  serta beretika  dalam  semua urusan perniagaan dan prosedur kami” katanya.

Sementara itu katanya, Labuan FSA dalam perancangan untuk  membina Pelan Anti Rasuah  Organasasi  baharu 2023-2025 selaras dengan keperluan  Pelan Anti-rasuah Kebangsaan rasuah (NACP) bagi mengekalkan standart integriti yang tinggi dan budaya tadbir urus yang baik dalam negara terutamanya yang melibatkan aktiviti perniagaan Labuan FSA.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN