27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan FSA berjaya tarik peluang perniagaan baharu

Datuk Danail Mah Abdullah

LABUAN: Ketua Pengarah Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Datuk Danial Mah Abdullah berkata, Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarbangsa Labuan (Labuan IBFC) terbukti berupaya menarik inovasi dan menjana peluang perniagaan baharu menerusi kehadiran penyedia perkhidmatan kewangan digital yang menawarkan revolusi produk kewangan.

Katanya, segmen berkenaan telah berkembang dengan ketara dalam tempoh empat tahun lepas, seiring dengan aspirasi Labuan IBFC untuk memiliki pendigitalan pasaran pada masa hadapan.

“Keluarga digital’ itu juga telah berkembang susulan pendekatan progresif pusat itu memupuk revolusi digital.

“Ini termasuk mengambil maklum bahawa semua lesen berkaitan berkemungkinan besar akan disusun semula agar lebih cemerlang secara digital selagi ia menepati kriteria penyertaan, keperluan kawal selia dan dan pemantauan”katanya.

Farah Jaafar-Crossby

Beliau berkata demikian pada Persidangan Connecting Digital Ecosystems Asia (CoDE Asia 2020) edisi Kedua yang diadakan secara maya di sini, pada Khamis.

Danail Mah berkata, walaupun Pandemik COVID-19 terbukti memberi impak ketara terhadap perniagaan dan pasaran antarabangsa yang menyebabkan perniagaan mengetepikan kaedah kerja cara lama yang tidak lagi berkesan.

“Banyak organisasi terpaksa melakukan transformasi operasi secara digital demi memenuhi jangkaan dan keperluan pelanggan” katanya.

Menyentuh mengenai Edisi berkenaan yang bertemakan ‘Is Digital Transformation COVID-19’s Real Panacea?’ beliau berkata ia telah mengetengahkan peluang dan cabaran yang dihadapi ekosistem dalam persekitaran yang dijejaskan pandemik serta bagaimana perkhidmatan kewangan dapat menjadi platform penyertaan elemen berkaitan.

Labuan IBFC memulakan langkah sebagai kawasan mesra digital pada 2017 dengan hanya satu lesen dan sejak itu berkembang dengan pelbagai perniagaan dan penggiat digital, daripada perbankan digital teknologi insurans sehingga perantara seperti kaedah ‘robo-advisory’ (perundingan digital), platform aset digital dan dagangan kripto, lesen ‘tokenisation’ dan sistem e-pembayaran.

Katanya, setakat 30 Jun lalu, Labuan FSA telah meluluskan sejumlah 46 operator perkhidmatan kewangan termasuk tiga bank digital, dua bursa sekuriti digital dan 19 penyedia platform dagangan kripto.

Jelasnya lagi, walaupun penting untuk meningkatkan jumlah pemegang lesen digital di wilayah tersebut, Labuan IBFC menggalakkan aktiviti transaksi intra menerusi kerjasama dengan penggiat industri dalam usaha inovasi produk atau tawaran perkhidmatan sama ada di pasaran digital atau konvensional.

“Malah, apa lebih penting bagi Labuan FSA selaku pengawalselia dan pentadbir kawasan berkenaan adalah memastikan bahawa perniagaan tersebut dijalankan secara teratur dan berhemat manakala peraturannya pula menepati standard antarabangsa” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC Farah Jaafar-Crossby berkata wilayah kewangan itu menawarkan aspek keberkecualian mata wang dan cukai, peraturan berkaitan yang menjadi elemen penting bagi penyedia perkhidmatan digital terus berkembang dalam operasi serba kompetitif.

“Pelancaran kerangka perbankan digital oleh Labuan FSA baru-baru ini misalnya menjadi contoh pendirian yang progresif serta memudah cara dan terbukti dilaksanakan di kawasan itu,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN