28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan berpotensi menjadi hab global industri tuna- Zaliha

Zaliha ketika meninjau pemprosesan ikan tuna di Syarikat Food Industri di Jalan Patau Patau, pada Selasa.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, Labuan yang mempunyai lokasi strategik berpotensi menjadi hab global industri tuna.

Ini kerana katanya, industri tuna global kini bernilai kira kira USD 42 bilion dan dijangka melonjak ke USD 54 bilion menjelang tahun 2032.

“Labuan yang mempunyai lokasi strategik dan telah lama berkecimpung dalam industri tuna berpotensi untuk terus berkembang sekaligus menjadi hab global industri tuna di rantau ini.

“Ia juga sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada anak anak muda tempatan” katanya kepada media selepas melawat Kilang Tuna kendalian Syarikat Food Industries Sdn.Bhd. di Jalan Patau Patau di sini pada Selasa.

Jelas beliau, syarikat Labuan Food Industries adalah pemain industri dalam bidàng perikanan komersil, pembuatan, pengeksportan dan perdagangan makanan laut beku, khususnya tuna sejak 35 tahun lalu.

“Saya juga telah difahamkan Syarikat Labuan Food Idustries ini merupakan pengeksport utama tuna ke pasaran global seperti USA, Eropah dan Oceania, dengan teknologi pemprosesan terkini termasuk pembekuan ultra rendah sehingga -60°C. Ia bagi memastikan kualiti terbaik untuk produk tuna mereka”, katanya.

Zaliha berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan agar industri ini mampu mencipta nilai ekonomi baharu Labuan dan negara.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Sukuran Taib.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN