31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan bakal capai imuniti kolompok COVID 19 sebelum Ogos

GAMBAR: KUMULATIF keseluruhan penerima vaksin penduduk Labuan.

LABUAN: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail (gambar) yakin Labuan akan mencapai imuniti kelompok COVID 19  sebelum bulan Ogos ini berdasarkan kepada jumlah populasi penduduk dewasa yang menerima vaksin pada Khamis lalu telah meningkat 93.20 peratus.

Beliau berkata  pencapaian itu adalah hasil daripada kerja keras  berpasukan  JPBD  bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan serta para pasukan sukarelawan Prihatin Wilayah (PRIVO).

 Rithuan Ismail

“Peningkatan ini juga adalah hasil daripada kesedaran penduduk tempatan tentang kepentingan imunisasi” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, berdasarkan data  yang dikeluarkan JPBD  pada Khamis  (22 julai 2021) bilangan individu yang telah menerima vaksin kini mencapai 63,839 (93.20 peratus)  daripada 68,500 jumlah individu dewasa yang layak, manakala 50,418 individu atau 73.60 peratus yang telah melengkapkan  dos kedua vaksin.

Rithuan yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID 19 Labuan berkata, pihaknya  |mensasarkan pemberian vaksin kepada 95 peratus populasi penduduk dewasa  untuk mengekang penyebaran COVID-19, pemberian ini juga turut melibatkan  warga asing di penempatan setinggan pelarian Filipina dan kakitangan sektor gas dan minyak serta perkapalan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan,  Mohd Dzulfaizal Ab Manan berkata   dalam tempoh seminggu ini  kehadiran penerima vaksin yang melibatkan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masih lagi  ditahap yang tinggi iaitu tidak kurang daripada 2,000 orang sehari.

MPP Labuan ialah penyelaras untuk vaksinasi secara ‘walk-in’ atau jumpa terus, dan pandu lalu di Kolej Matrikulasi Labuan, Jabatan Kerja Raya dan Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL)

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN