27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LA Riders bergabung tenaga  Merdeka Ride  jelajah Labuan

MOHD RAFI bersama Pengiran Ridzuan (kiri) dan Harris Tan (tengah) sebelum memulakan Merdeka Ride.

LABUAN:Persatuan Motosikal Berkuasa Besar yang tidak asing lagi di Labuan, LA Riders  dan Persatuan Motosikal Berkuasa Besar Darussalam (PEMODA) dari Negara Brunei Darussalam bergabung tenaga   berkonvoi ke sekitar Pulau Labuan  bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Turut sama mejayakan Merdeka Ride beberapa buah persatuan dan permotoran yang terdapat di Labuan.

Presiden LA Riders Datuk Mohd Rafi Ali Hassan yang mengetuai konvoi berkenaan berkata, selain menyemarakkan semangat sambutan Hari Kebangsaan Negara yang ke 66 tahun, kami juga bersama rakan permotoran dari Negara Brunei Darussalam yang berada  di Labuan untuk sama sama berkonvoi menjayakan program Merdeka Ride  yang  dianjurkan  LA Riders.

“Selain  daripada bikes dari Labuan yang berkonvoi sambil  mengibarkan Jalur Gemilang, kami juga menerima tetamu yang amat istimewa daripada bikers Brunei Darussalam yang ikut serta dalam konvoi Merdeka Ride mengeliling Labuan” katanya.

PENUNGGANG motosikal berkuasa besar  wanita Labuan turut menjayakan  Merdeka Ride bersama LA Riders.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebelum memulakan konvoi Merdeka Ride di Dataran Labuan, pada Khamis.

Dalam waktu yang sama katanya, konvoi  Merdeka Ride ini bukan sahaja untuk menyamarakkan semangat patriotik cintakan negara, tetapi juga memupuk semangat setiakawan dan perpaduan dikalangan peserta seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Konvoi Merdeka Ride yang bermula di dataran Labuan melibatkan seramai 150 penunggang motosikal berkuasa besar termasuk 50 penunggang motosikal  daripada PEMODA menyusuri beberapa buah batang jalan raya di sekitar pesisir pantai di Labuan sebelum menamatkan konvoi di Pusat Rekreasi  Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri.

Turut serta Yang di Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan Pengiran Haji Ahmad dan Presiden HD Borneo, Datuk Harris Annuar Tan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN