28.4 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KUSKOP sokong pembinaan lebih banyak EPC SME Bank, bantu usahawan tempatan

Ewon ketika melawat ke Kompleks Kilang SME Bank, Lok Kawi,

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyokong lebih banyak Premis Usahawan SME Bank (EPC) dibina bagi membantu usahawan tempatan.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, setakat ini sebanyak 26 EPC di seluruh negara melibatkan 454 unit lot kilang.

“Di Sabah, kita mempunyai satu EPC yang menempatkan 15 lot kilang dan telah dihuni sepenuhnya oleh usahawan tempatan.

“Sepanjang tahun 2023, EPC di seluruh negara telah menjana jualan sebanyak RM900 juta dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 2,700 individu tempatan dan ini sesuatu yang membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat ringkas mengenai EPC oleh SME Bank sempena lawatan kerja ke Kompleks Kilang SME Bank, Lok Kawi, di sini, hari ini.

Ewon berkata, kementeriannya akan terus menyokong inisiatif SME Bank membangunkan lebih banyak EPC, agar lebih ramai usahawan PKS mendapat akses kepada kemudahan ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Kunjungan tersebut antaranya bertujuan mendapatkan maklum balas daripada syarikat PKS yang beroperasi dalam EPC, selain membincangkan cadangan SME Bank untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Di Sabah, kesemua 15 unit kilang di EPC Lok Kawi ini terlibat dalam sektor makanan dan minuman (F&B).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN