24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kursus Pengurusan Jenazah penutup tirai aktiviti MPP Zon 5

SEBAHAGIAN daripada peserta kursus bergambar kenangan bersama Hadnan (tiga dari kanan)

LABUAN: Kursus Pengurusan Jenazah  yang dianjurkan oleh Majlis Pwerwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon dengan kerjasama Jawatan Kuasa Masjid Sultan Muhammad ke V merupakan penutup tirai aktiviti MPP Zon 5 tahun 2022.

Menurut Timbalan Pengerusi MPP Zon 5, Haji Hadnan Mohammad, seramai 30 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung dari MPP Zon 5 serta jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad ke V menyertai kursus tersebut.

Kursus   telah diadakan di Masjid Sultan  Muhammad ke V, Jalan Batu Arang dekat sini, pada Ahad.

Kursus yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari itu telah dikendalikan oleh Imam Masjid Sultan Muhammad ke V, Ustaz Mohd. Hafizi Ismail.

Hadnan berkata, kursus tersebut antara lain bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci dan seterusnya dapat membantu menguruskan jenazah yang betul sekiranya berlakunya kematian di kampung masing-masing.

“Selain itu para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan (fardhu kifayah) mengenai pengurusan jenazah  dengan betul” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Menurut Hadnan, MPP sub Zon 5 juga telah merancang untuk menyumbang  kelengkapan satu set kain kafan kepada  masjid atau surau yang terdapat di setiap kampung pentadbiran MPP Sub zon 5.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN