26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kurang latihan punca kekalahan

ALBUM….Kedua-dua pasukan Parnita FC A (mencangkung) dan ‘B’ sempat merakam gambar bersama Zita ( berdiri dua kanan).

RANAU: Kurang latihan untuk pemantapan kesarasian antara pemain kedua-dua pasukan Parnita FC ‘A dan ‘B’ pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau merupakan antara faktor kedua-dua pasukan itu kurang menyerlah pada kejohanan sempena Karnival Merdeka peringkat Kg.Mininsalu di dataran  kampung itu baru-baru ini.

Penyelaras kedua-dua pasukan itu, Zita Fedelis ketika ditemui, mengakui kehebatan para pasukan lawan, namun pihaknya tidak kecewa dengan kekalahan mereka kerana kehebatan 8 pasukan lain yang menyertai kejohan ternyata lebih bersedia dan menjalankan banyak latihan sebelum menyertai kejohanan.

“Walaupun kami kecundang pada kejohanan itu namun, kami tidak kecewa yang penting ada ‘Semengat Kejohanan’ dan kami turut menjayakan program yang dilaksanakan pihak penganjur sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini”, jelas Zita.

Pada kejohanan itu, pasukan Parnita ‘A’ tewas 31-10 dengan Mininsalu pada pertemuan pusingan awal manakala pasukan Parnita ‘B’ tewas kepada pasukan Mininsalu dengan kiraan mata 31-19 pada pada pertemuan peringkat awal kejohanan.

Kejohanan itu menyaksikan kehebatan pasukan Pavolt apabila berjaya menewaskan pasukan Skuad Anti Dadah Ranau 31-25 pada perlawan akhir manakala pasukan Mininsalu menduduki tempat ketiga selepas menundukkan pasukan Kisora 31-29 pada perlawanan berebut tempat ketiga dan keempat.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN