28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KUNJUNGI APAI KOPI DI PAMERAN GERAI PELADANG RANAU 13 DAN 14 MEI INI

Barbara…..Pengasas kepada Apai Kopi Sdn Bhd Ranau

RANAU: Para penggemar minuman kopi di seluruh negeri khasnya di daerah ini dijemput mengunjungi pameran Apai Kopi produk Syarikat Apai Sdn Bhd di gerai Pertubuhan Peladang, Dewan Masyarakat, pada 13 dan 14 Mei ini sempena sambutan kaamatan peringkat daerah.

Pemilik Syarikat Apai Sdn Bhd yang beralamat di Kampung Tambiau, Jalan Serapong Ranau, Barbara Bongkok, berkata Apai Kopi akan memberikan pengunjung pengalaman rasa kopi sebenar jenis Arabica Typica & Catimor yang ditanam di tanah tinggi yang subur dan beriklim sejuk.

Antara produk kopi yang dipamerkan ialah Apai Ranau Serbuk Black Coffee (pure coffee), Uncang Hazelnut, Uncang 3 in 1 dan Uncang 2 in 1.

“Kopi sejuk yang segar menanti anda. Bagi anda yang belum pernah merasa minuman ini dijemput berkunjung ke pameran Apai Kopi Ranau untuk meneguk air kopi yang enak ini,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN