ADVERTISEMENTspot_img

Kunjungan hormat denominasi gereja membuahkan hasil yang positif: James

KENANGAN…James(duduk tengah) bergambar bersama para pastor dan para wakil denominasi gereja-gereja Daerah Paitan di pejabat Datuk James di Wisma Bandaraya, baru-baru ini.



KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) merangkap ADUN Sugut, Datuk James bin Ratib telah menerima kunjungan hormat daripada para pastor dan para wakil denominasi gereja-gereja Daerah Paitan di sini pada hari Ahad.

Dalam kunjungan tersebut, beberapa perkara berkaitan telah dibincangkan, di samping memberi peluang kepada para perwakilan berinteraksi secara lebih rapat dengan pemimpin mereka.

Dalam ucapannya, James menekankan tentang peranan para pemimpin agama denominasi gereja-gereja Daerah Paitan dalam aspek pembangunan insan, khususnya di kalangan rakyat di daerah ini.

“Apa yang penting di sini ialah, saya mahu kepada semua gereja-gereja, persatuan-persatuan dan denominasi di Sugut ini supaya dapat membantu saya dan juga pegawai Daerah supaya bersama-sama membangunkan bukan sahaja dari segi agama tetapi juga dari segi pembangunan rakyat kita.

“Maklum sahaja, di Sugut ini kita masih jauh ketinggalan dan sudah pastinya rakyat sangat mengharapkan pembangunan supaya nasib rakyat berubah,” katanya.

Tambah beliau, dari segi agama juga, samada dari sudut agama Islam ataupun Kristian dan sebagainya, menuntut kepada pembangunan insan dan mengejar agar para pengikutnya mengamalkan kelakuan dan cara hidup yang baik.

“Kita perlu menghindarkan daripada perkara-perkara jahat seperti membuat fitnah dan sebagainya

“Sebagai orang-orang yang berpegang kepada agama, kita tahu menilai apa yang fitnah apa yang perkara sebenar

“Kita juga dapat menilai mana pemimpin yang telus dan betul-betul mampu mempimpin serta membantu rakyat,” katanya.

Menurut James, sebagai pemimpin agama, mereka perlu bersifat jujur terutama sekali dalam hal memberi penerangan kepada umat di bawah jagaan mereka.

“Dan apabila kita memberikan penerangan yang tidak benar kepada umat-umat kita, ini merupakan suatu dosa yang besar dari sisi agama

Sikap seumpama ini boleh meruntuhkan agama dan bangsa kita,” katanya.

Beliau berterimakasih atas kehadiran semua pastor dan para wakil denominasi gereja-gereja Daerah Paitan ke pejabat beliau pada kali.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN