31 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kundasang kini mempunyai Tapak Pengkomposan Komuniti

GIMIK…Jonathan menandatangani perasmian lokasi tapak Pengkoposan Komuniti Kundasang.

KUNDASANG: Penantian puluhan tahun warga kawasan di sini kini, menarik nafas lega kerana Tapak Pengkomposan Komuniti  menjadi satu realiti telah ditempatkan di Kg.Sinisian dekat pekan Kundasang.

Penyediaan tapak Pengkomposan tersebut merupakan inisiatif pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kejasama komuniti Kundasang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin ketika berucap menyempurnakan perasmian Tapak Pengkomposan itu menyeru penduduk Kundasang supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu sebagai landasan untuk meningkatkan hasil pertanian berasaskan sayuran segar tanah tinggi dengan mendapat baja yang terbaik hasil daripada  pengkomposan tersebut.

“Manfaatkan sebaik mungkin kemudahan ini untuk meningkatkan hasil  tanaman pertanian ke arah yang terbaik”, jelas Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau.

Menurutnya, dengan adanya kemudahan itu warga tani kawasan Kundasang dapat mengurangkan pemcemaran alam sekitar yang disebabkan pembuangan sisa sayuran yang berlonggok setiap masa  boleh mengundang haiwan aseperti tikus dan serangga lain seperti lalat boleh mengundang penyakit berjangkit berikutan keadaan persekitaran yang kotor disebabkan pembuangan pelbagai sisa sayuran.

TERIMA KASIH…Dr.Taufiq (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Jonathan diperhatikan tetamu yang lain.

Jonathan memuji UMS kerana punyai inisiatif untuk.memperkembangkan teknologinya kepada rakyat khususnya untuk dimanfaatkan para petani.

“Usaha seumpama ini,  selaras dengan matlamat Pembangunan Lestari yang menyasarkan pengurangan impak persekitaran yang selamat,berdaya tahan, memfokuskan kepada intipati yang digariskan berhubung pengurusan  sisa buangan  yang listeri”, katanya.

Turut berucap ialah, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr.Taufiq  Yap Yun Hin sementara hadir sama ialah Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samair, Pengerusi Persatuan Pengusaha Sayuran Bumiputera Kundasang, Mariana Binti Taliban para pensyarah UMS bersama ratusan
penduduk  Kundasang.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN