26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan Vicious juara Pertandingan  Petanque Mixed Triple Tertutup Labuan 2021

PEMENANG….. pasukan Vicious (kiri) dan pasukan GK88 Casper (kanan)

LABUAN: Pasukan Vicious muncul johan Pertandingan Petanque Tertutup Labuan  sempena Hari Sukan Negara 2021 yang berlangsung di Arena Patanque,  Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, pada Sabtu lalu.

Pasukan Vicious yang diwakili  Ibrahim Laidin, Haiqal Yazeed Rizuan Nizam dan Sufiqriyani Eddie menerima hadiah wang tunai RM250.00

Naib johan disandang oleh pasukan  GK88 Casper yang diwakili  Mohd Shafiee Alif Jahar, Ak. Mohd Aminur Alif Hamidon dan Hajah Aisah Md. Hassan menerima hadiah wang tunai RM150.00.

PROF.DR HARUN bersama pasukan Petanque  yang memenangi pertandingan Petanque Mixed Triples Labuan Tertutup

Tempat ketiga bersama masing-masing dimenangi oleh pasukan KPL 1 yang diwakili Ramzie Aidil Ramlan, Yusrizam Yussof dan Nur Arysha Qarina Ramlan dan pasukan GK88 Monster yang dibarisi Mohd Razi Lamat, Arif Asrin Abdol Samad dan Christina Ngau.

Hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan Labuan,  Prof. Dr Harun Pudin.

Manakala majlis perasmian pertandingan  di sempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Pada majlis itu, Bashir yang juga Pengerusi Malis Penasihat Perbadanan Labuan menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000.

Kejohanan sehari  yang dianjurkan oleh Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan Labuan itu telah disertai oleh 20 pasukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN