28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan KS DBKL  johan  Boling Padang Kejohanan Labuan Ambang 2024

JOHAN… Kumpulan KS DBKL menerima piala daripada Suhaili sambil diperhatikan Hassan (kiri sekali)

LABUAN:  Kumpulan KS DBKL dari Kuala Lumpur muncul johan Boling Padang Open Triples kategori Cup  pada  Kejohanan Labuan Ambang 2024 yang diadakan  di  Gelanggang Arena Lawn Bowls  Antarabangsa Labuan pada 1 Januari baru lalu.

Kumpulan KS DBKL  yang diwakili oleh Zulkifli Yusop,  Fairul Izwan Abd. Muin dan  Mohamad Fairus Abdul Jabal membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000.00 dan sebuah piala.

Naib johan dimenangi oleh pasukan FR Team yang diwakili oleh bekas pemain SUKMA Labuan, Nur Farhana Roziman, Mohd Muizzudin Sanip dan  Mohamad Raihan Roziman menerima hadiah wang tunai RM6,000.

Tempat ketiga dimenangi pemain Muhammad Azlan Azman,  Mohammad Hafiz Firdaus Mohd Affendy dan Haziq Jamri yang mewakli  Kumpulan BORNEO dari Sabah  untuk menerima hadiah wang tunai RM4,000.00

Sementara itu bagi kategori Plate, johan dimenangi oleh kumpulan One Head dari Wilayah Persekutuan Labuan yang diwakili Abdullah Affiq Jafree, Muhammad Syazwan Sapar dan Hanif Jamri menerima hadiah wang tunai RM600.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan  V-One  (Hassan Jinin,  Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Roslan Abdul Rahman) juga dari Labuan menerima hadiah wang tunai RM400.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan  BS KK dari Sabah (Dg. Lapuan@ Zalifah Omar, Arispadilah Said dan  Saadan Alak) menerima hadiah wang tunai RM300.00.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan  oleh Ahli Parlimen Labuan yang juga Presiden Persatuan Lawn Bowls Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Hadir sama, Timbalan Presiden Persatuan Lawn Bowls Wilayah Persekutuan Labuan, Hassan Jinin.

 Kejohanan anjuran Persatuan Boling Padang Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan  dan Asian Supply Base (ASB) berlangsung selama lima hari bermula pada 28 Disember 2023 dan berakhir pada 1 Januari 2024 telah disertai sebanyak 44 pasukan membabitkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan juga Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN