29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan JFR johan Eksplorasi Troli Pintar peringkat Labuan

Kumpulan JFR menerima hadiah daripada Junaidah  (tiga dari kiri).

LABUAN : Kumpulan JFR muncul johan dalam pertandingan Eksplorasi Troli Pintar 2025 anjuran Pejabat Kementerian Perdagangan Pengguna Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan.

Kumpulan tersebut yang dibarisi Jasron Jasnor, Noor Rasyidah Abdul Rasid dan Fathullah  Awang menerima hadiah wang tunai RM1000 dan hadiah sampingan berupa hamper.

Selain itu pasukan ini akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada bulan Julai tahun ini.

Naib johan dimenangi oleh Kumpulan CELIK RINGGIT yang  diwakili Intan Nurhanie  Shafudin, Athirah  Rasman dan Mohd Jasron membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan  hadiah sampingan hamper.

Para pemenang bergambar bersama Junaidah.
 



Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan THE NINTRIX yang diwakili Mylsa Avinnie Musah, Nurfarhana Roziman  dan Zuhairah Mahmud untuk menerima hadiah wang tunai RM500 dan hamper.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain.

Sebanyak 16 Kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut.


Sementara itu, pertandingan Eksplorasi Troli Pintar  bertujuan untuk menguji  pengetahuan para  peserta terhadap ilmu  kepengunaan disamping menguji ketangkasan  peserta dalam membuat pembelian barangan asas keperluan harian berkonsepkan eksplorasi.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN