29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kukuhkan perpaduan dan permuafakatan demi kesejahteraan: Jonathan

Ketibaan Datuk Jonathan disambut mesra oleh penduduk Kg.Kituntul Baru.

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Malaysia, Datuk Jonathan Yasin menyeru rakyat agar memperkukuhkan perpaduan dan permuafakatan bagi membolehkan kerajaan menyalurkan kemudahan projek pembangunan infrastruktur.

Menurutnya, kerajaan  serius untuk membantu menyalurkan projek pembangunan untuk rakyat tanpa membezakan  fahaman politik sama ada kawasan penyokong kerajaan mahupun pembangkang”, jelasnya ketika berucap dihadapan lebih 200 penduduk termasuk rombongan Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mini Kg.Kituntul Baru  pada Jumaat.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau menegaskan,  kerajaan agak sukar menyalurkan peruntukan pembangunan yang diperlukan jika sekiranya penduduk tidak bersatu-padu.

“Kerajaan tiada ‘Pilih Kasih’ dalam aspek membantu rakyat akar umbi dalam melaksanakan keperluan mendesak.

“Justeru jadikan ‘Perpaduan’ sebagai tunjang kemakmuran dan landasan  memperkukuhkan persaudaraan, keharmonian serta kemakmuran berkekalan”, jelas Jonathan yang seterusnya mengumumkan peruntukan bejumlah RM30 ribu untuk pembaikan kerosakan bangunan Dewan Mini Kg.Kituntul Baru, RM3 ribu kos pembelian Poly Pipe Kg.Silou dan RM5 lagi untuk Kelab Belia Kg.Kituntul Baru.

Turut berucap ialah, Ketua Kampung Kg.Kituntul Baru, Suali Bin Ruji mewakili penduduk  berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan.

“Saya juga mewakili penduduk di sini, berterima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan untuk membiayai kos membaiki kerosanakan Dewan Mini kampung di sini”, tambah Suali ketika ditemui selepas majlis tersebut.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN