31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kuata import minyak masak dan telur untuk Labuan disemak semula

SIMBOLIK… Fauziah (tengah) bersama Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain (empat kiri)  ketika melancarkan Menu Rahmah di Resturan Deen, pada Khamis

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia  menyemak semula kuota bagi  import minyak masak dan telur ayam untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata pada sidang media selepas melancarkan Menu Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, semakan semula itu  perlu dilakukan bagi menangani isu kekurangan minyak masak dan juga telur  yang kerap berlaku  di Labuan.

“Saya ambil maklum isu kekurangan bekalan telur, minyak masak, gula dan harga ayam lebih mahal seperti yang dibangkitkan oleh pengguna serta peniaga di sini.

“Kami boleh pertimbang untuk semak semula kuota import telur ayam dan minyak masak sebagai  usaha membantu menyelesaikan isu kekurangan bekalan tersebut,” katanya.

Fauziah berkata, isu harga barangan yang mahal di pulau ini perlu diselesaikan kerana ia boleh membawa kepada kos sara hidup tinggi yang tidak terkawal.

Selain itu, KPDN juga akan menyemak semula Program Penyeragaman Harga memandangkan harga barangan di pulau ini boleh diseragamkan seperti di bandar lain di Sabah berikutan perbezaan harga disebabkan oleh isu logistik.

Terdahulu sebelum itu, beliau  mengadakan sesi Dailog Kepenggunaan Bersama NGO Kepenggunaan Wanita dan Gerakan Pengguna Siswa dan  seterusnya melancarkan Aduan Suri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN