Zaki (dua dari kanan)menyampaikan vest kepada Sablin.
KENINGAU:Naib Ketua ARMADA Bersatu Sabah Rafie Robert menghulurkan sumbangan vest kepada Komuniti Rukun Tetangga Daerah Keningau.
Vest tersebut adalah untuk kegunaan Skuad Uniti Sukarelawan KRT Zon Keningau.
Sumbangan Rafie yang juga Ketua ARMADA Bersatu Bahagian P.180 Keningau itu disampaikan oleh Penolong Setiausaha ARMADA Bahagian P.180 Keningau Zaki Zakaria mewakili Rafie kepada Penyelia KRT Daerah Keningau Sablin Engun mewakili Skuad Uniti Daerah Keningau.
Sablin mewakili Skuad Uniti KRT Zon Keningau mengucapkan terima kasih kepada Rafie diatas sumbangan tersebut.
Katanya, sumbangan ini dapat melengkapkan keperluan Skuad Uniti dari segi keseragaman pakaian semasa menjalankan tugas.