26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPM Diselar Cuti Sekolah bertentangan konsep ‘Keluarga Malaysia’, Madius cadang tarikh baru yang lebih inklusif

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyifatkan jadual cuti sekolah bagi Penggal Pertama Sesi 2022/2023 persekolahan sebagai anti- perpaduan dan bercanggah dengan konsep keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Katanya, kalendar cuti penggal itu menafikan guru-guru serta pelajar-pelajar untuk meraikan dua perayaan utama iaitu Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah, dan Hari Gawai di Sarawak.

“Rakyat di Sabah dan Sarawak termasuk para guru dan pelajar meraikan pesta Kaamatan pada 30 – 31 Mei 2022 (Isnin dan Selasa), manakala Sambutan Hari Gawai pula disambut pada 1- 2 Jun 2022 (Rabu dan Khamis).

“Namun apa yang terjadi ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan bahawa cuti penggal pertama persekolahan adalah hanya pada Jumaat, 3 Jun 2022 hingga Jumaat, 11 Mei 2022.

“Sekiranya benarlah kerajaan ingin menjiwai konsep Keluarga Malaysia, mengapakah perkara sensitif dan boleh mengganggu-gugat keharmonian rakyat berbilang kaum ini masih berlaku,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mempersoalkan KPM yang disifatkannya sudah berulang kali melakukan kesilapan yang hampir serupa.

“Kedua-duanya sambutan itu bagi di Sabah dan Sarawak masing-masing ia termasuk dalam cuti kelepas am. Jadi KPM sepatutnya sedia maklum. Kenapakah KPM berkali-kali buat kesilapan.

“Kemudian, apa pula peranan Kementerian Perpaduan Negara? inilah pertanyaan saya berkali-kali di Parlimen dan yang balik-balik dielakkan oleh KPN untuk menjawabnya.

“Apakah ini membuktikan Menteri-menteri tidak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka,” soal Madius lagi.

Beliau mencadangkan agar pihak KPM mengkaji semula dan meletakkan tarikh lebih sesuai dengan mengambil kira kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini.

“Selaku Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Tuaran saya mencadangkan supaya Jadual tersebut diubah balik.

“Saya minta supaya jadual cuti Penggal Pertama Sesi 2022/2023 dipindahkan kepada tarikh 30 Mei 2022 (Isnin) dan sehingga 6 Jun 2022 (Isnin),” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN