25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPM dengan kerjasama JaPen Labuan anjur Program Media Engagement

Gambar: Ketua Berita Hal Ehwal Semasa (BES) RTM Labuan,  Mohd Izuandi Jaludin menerima cenderahati daripada Yusup.

LABUAN: Buat julang kalinya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan  Program Media Engagement sempena Program  “Kempen Kembali Ke Sekolah” yang diadakan di salah sebuah hotel disini, pada Ahad.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohamad ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang  mengadakan kerjasama bersama JaPen  sebagai rakan strategik  dalam melaksanakan program tersebut bertujuan untuk memberikan liputan yang meluas mengenai pengoperasian sekolah secara bersemuka dan kandungan feel good stories bagi meredakan kebimbangan dan  seterusnya meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anakanak mereka ke sekolah dalam suasana menghampiri endemik mengikut SOP yang ditetapkan.

Yusup berkata, melalui program ini, media diberi peluang untuk melihat sendiri dan seterusnya merakam “moment” keterujaan dan kegembiraan anak-anak ini untuk kembali ke sekolah.

“Detik ini boleh dikira bersejarah apabila buat sekian kalinya anakanak ini kembali semula ke sekolah setelah lama menjalani PDPR, terutamanya murid tahun 1 yang hanya merasai pengalaman bersekolah untuk tempoh yang sangat singkat sebelum ini.

“Apatah lagi Wilayah Persekutuan Labuan merupakan negeri pertama yang beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana ia melibatkan murid sekolah rendah Tahap 1 dan murid sekolah menengah Tingkatan 3 dan 4 kembali semula ke sekolah secara penggiliran” katanya.

Selain itu katanya, majlis  makan malam Media Engagement   juga sebagai tanda penghargaan kepada para media khususnya di Wiulayah Persekutuan Labuan dan Sabah yang selama ini banyak membantu dan memberi sokongan kepada KPM terutamanya di waktu pandemik COVID 19.

Tambahnya lagi, bantuan dan usaha keras  daripada pelbagi pihak selama ini amat dihargai apabila berjaya menjadi negeri pertama yang membawa semula anak-anak kita kembali ke sekolah.

Beliau turut berharap agar  supaya semua pihak dapat menjalani kehidupan dalam norma baharu tanpa mengenepikan SOP bagi mengekang COVID 19 daripada terus merebak.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Abd. Rasil Hajatil, Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawaila dan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN