27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB Sabah Sedia Peruntukan Naiktaraf Kemudahan Asas Di Tamu-Tamu Tradisi

OLEH : MARRYAN RAZAN

KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyediakan sejumlah peruntukan untuk menaiktaraf infrastruktur asas di Tamu-Tamu tradisi khususnya di kawasan luar bandar bagi memberikan keselesaan kepada para peniaga tempatan.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan peniaga yang berniaga di tamu-tamu tradisi kawasan luar bandar termasuk di Kadamaian adalah petani atau peniaga tempatan yang memasarkan hasil pertanian mereka.

Ewon mengiringi Christina ketika tiba di majlis itu.

“Dalam hal ini, kementerian saya bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian telah menubuhkan jawatankuasa bersama untuk melihat keperluan ini dan sama-sama membangunkan tamu-tamu luar bandar seperti tamu Taginambur agar komuniti yang berniaga atau membeli di sini akan lebih selesa.

“Keadaan tamu-tamu yang cantik dan tersusun juga ecara tidak langsung akan menjadi tarikan pelancong. Di kawasan Kadamain selain Tamu Taginambur kita juga ada Tamu Pekan Nabalu.

“Kita juga ada tamu yang baru dilancarkan iaitu Tamu Piasau, Tamu Lompios dan beberapa lagi mukim kawasan Kadamaian menyatakan niat mereka untuk menghidupkan semula tamu tradisi di kawasan masing-masing yang pernah dibuat beberapa tahun lalu, tetapi terhenti kerana kekurangan kemudahan asas,” katanya.

Ewon mengiringi Christina melawat gerai jualan dan pameran makanan tradisional pada majlis itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pesta Tamu Badi Kadamaian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, di Kadamaian Square Taginambur, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, dengan adanya kemudahan asas yang lebih baik seperti di Tamu Badi Taginambur, beliau yakin penganjuran pesta seumpama itu akan lebih menarik lagi pada masa akan datang.

Ewon dan christina serta para pemimpin setempat melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian Pesta Badi Taginambur Kadamaian.

“Penaiktarafan Tamu Badi Taginambur fasa kedua akan dilaksanakan tahun depan bukan sahaja untuk memberi keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung tetapi akan menjadi antara tarikan pelancong di Kadamaian,” katanya.

Sehubungan itu katanya, sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga kemajuan luar bandar, tamu-tamu tradisi di kawasan luar bandar di negeri ini akan dinaiktaraf menggunakan peruntukan di bawah Program Keusahawanan Desa.

Ewon dan Christina bergambar bersama para peserta Ratu Badi Kadamaian.

“Ini kerana aktiviti jual beli di tamu-tamu tradisi dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan para petani dan usahawan luar bandar,” katanya.

Ewon berkata: “Pada hari ini komuniti Kadamaian khususnya Mukim Taginambur menganjurkan Pesta Badi Taginambur bagi menonjolkan semula tempat ini sebagai suatu tempat yang menarik dan harus dikunjungi”.

Beliau berkata, dahulunya Tamu Badi Taginambur dijadikan masyarakat sekitar khususnya kawasan Kadamaian untuk bertemu dan bertukar barangan dengan masyarakat luar.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar atas sokongan padu dan memasukkan Pesta Badi Taginambur Kadamaian dalam Kalender Pelancongan Sabah bermula tahun depan,” katanya.

Antara peserta yang menyertai Ratu Badi Kadamaian.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena pesta itu termasuk pameran dan demonstrasi kraftangan, makanan tradisi, persembahan muzik bambu daripada Kelab Budaya Kiau Taburi, pameran warisan artifak, pameran produk-produk pelancongan Kadamaian dan jualan bunga-bunga tropika.

Selain itu, sukan rakyat turut diadakan seperti rakit, memancing, renang dan pelampung serta pertandingan Ratu Badi.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian Saikom Watis dan para pemimpin setempat serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.-TAMAT-

Kaption:

  1. Ewon ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
  2. Ewon mengiringi Christina melawat gerai jualan dan pameran makanan tradisional pada majlis itu.
  3. Ewon dan christina serta para pemimpin setempat melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian Pesta Badi Taginambur Kadamaian.
  4. Ewon mengiringi Christina ketika tiba di majlis itu.
  5. Antara peserta yang menyertai Ratu Badi Kadamaian.
  6. Ewon dan Christina bergambar bersama para peserta Ratu Badi Kadamaian.

Ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN